Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Netizen Kecam Mat Sabu...

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu atau lebih popular...

Bot Bawa 100 Pendatang...

SABAK BERNAM – Sebuah bot yang dipercayai membawa kira-kira 100 orang pendatang asing...

90.6 Peratus Populasi Dewasa...

KUALA LUMPUR - Malaysia kini mencatat 90.6 peratus populasi dewasa atau 21,220,121 individu...

KPKT Mahu Jual Sendiri...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan berbincang...

Kesedaran Tunai Zakat Perniagaan Makin Meningkat

PUTRAJAYA – Kesedaran mengenai kewajipan membayar zakat perniagaan semakin meningkat dalam kalangan umat Islam di negara ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) Mohd Rais Alias.

Beliau berkata ia dapat dilihat apabila kutipan zakat perniagaan Wilayah Persekutuan meningkat setiap tahun dan pihaknya akan terus menggunakan pelbagai pendekatan bagi mendekati golongan sasar menunaikan tanggungjawab berzakat.

“Zakat ini memberikan kesuburan kepada harta yang ada. Jadi kami menyeru kepada mereka yang berkewajipan menunaikan zakat itu untuk tampil ke hadapan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pelaburan Saham, Hartanah dan Kewangan, di sini hari ini.

Program yang dihadiri 1,500 peserta itu adalah kesinambungan daripada seminar pada tahun lepas, dengan kerjasama Asri Ahmad Academy (Team AAA), Bursa Marketplace, Koperasi Remisier Bumiputra Berhad, Perbadanan Putrajaya dan 9 Equity Wealth Creations.

Beliau berkata, ia turut memberi pendedahan kepada umum mengenai tips melabur dalam pasaran saham patuh syariah dan hartanah, di samping mengajak orang ramai agar dekat dengan zakat.

Sementara itu, mentor pelaburan yang juga ikon Bursa Marketplace, Mohd Asri Ahmad berharap seminar itu akan memberi pendedahan mengenai cara melabur yang betul, memandangkan masih ramai masyarakat Islam di negara ini yang tertipu dengan skim haram.


Memetik laporan sebuah akhbar tempatan baru-baru ini mengenai nasib 200,000 pelabur yang kerugian RM2 bilion selepas menyertai skim pelaburan haram, katanya ia tidak sepatutnya berlaku berikutan maklumat mengenai syarikat terlibat boleh diperoleh dengan mudah.

“Laman web Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti ada menyenaraikan syarikat yang terlibat dengan skim pelaburan haram, malangnya masih ada yang tertipu,” katanya.

Beliau berkata seminar itu juga diharap dapat menarik lebih ramai golongan bumiputera muda untuk membuka akaun Central Depository System (CDS) di Bursa Malaysia.

Menurutnya ketika ini terdapat kira-kira sejuta akaun bumiputera dengan 250,000 daripadanya bergiat aktif di pasaran saham. – BERNAMA

Kategori