KUALA LUMPUR – Siri hidangan berkeju popular KFC diteruskan dengan sebuah lagi ciptaan unik, Keju 3 Rasa!
Tawaran masa terhad ini dijangka bakal membuatkan para penggemar lebih teruja dengan sos keju tiga perisa yang pedas, masam dan semestinya berkeju untuk dinikmati bersama ayam KFC Hot & Spicy kegemaran ramai.
Pengurus Besar QSR Brands (M) Holdings Bhd., Sharifah Musainah berkata, Keju 3 Rasa adalah gabungan sempurna antara keju cheddar, paprika, daun parsli dan limau nipis bagi menghasilkan pelbagai rasa unik dalam satu suapan.
“Sebagai sebuah jenama makanan yang berinovatif, kami sentiasa berusaha untuk mencari dan mencipta perisa-perisa baharu yang bakal menarik hati pelanggan kami.
“Keju 3 Rasa menawarkan sesuatu yang hebat kepada penggemar keju dan hidangan ini menjanjikan sebuah pengalaman baharu kepada pelanggan setia KFC,” katanya dalam majlis pelancaran Keju 3 Rasa di sini hari ini.
Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif QSR Brands (M) Holding Bhd., Merrill Pereyra mengharapkan hidangan terbaharu Keju 3 Rasa ini akan menambahkan kemeriahan ketika umat Islam berbuka puasa.
Di samping itu, menu unik tersebut diharap dapat mengeratkan hubungan di dalam detik-detik istimewa menikmati hidangan sedap hingga menjilat jari.
KFC Keju 3 rasa dihidangkan di dalam hidangan kombo dua ketul dan lima ketul ayam. Kombo dua ketul didatangkan dengan dua ketul ayam Hot & Spicy, dua sos Keju Pedas Masam, coleslaw, pilihan Colonel Rice atau kentang putar serta minuman premium terbaharu, SJORA Strawberi Kiwi, sesuai untuk dinikmati ketika berbuka.
Manakala, kombo lima ketul menawarkan lima ketul ayam Hot & Spicy, lima sos Keju Pedas Masam, bersama hidangan sampingan istimewa Loaded Potato Bowl dan dua minuman SJORa Strawberi Kiwi.
Pelanggan turut boleh memilih ayam Original Recipe bagi kombo pilihan mereka.
KFC Keju 3 Rasa boleh didapati di semua restoran KFC seluruh negara bermula esok pada harga RM14.50 bagi set dua ketul ayam dan RM32.90 untuk kombo. – MYNEWSHUB.CC