Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pencawang Terbakar, Seorang Lagi...

KUALA LUMPUR - Seorang lagi pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang parah akibat...

JPA Nafi Gaji Penjawat...

PUTRAJAYA - Cerita desas-desus konon penjawat awam di seluruh negara bakal menerima gaji...

Niloofar Tak Gentar Diugut...

AFGHANISTAN - Juruterbang wanita Afghanistan, Niloofar Rahmani, 23, tidak gentar apabila menerima ugutan...

Kes Denggi Meningkat Di...

ALOR SETAR - Kes demam denggi di Kedah meningkat sebanyak 37 peratus iaitu...

Khairil Aslan Hasrat Tawan Gunung Cho Oyu Di Tibet

KUALA LUMPUR – Pendaki solo negara Khairil Aslan Ab Rasid berhasrat meneruskan perjuangannya menakluk gunung keenam tertinggi dunia, Gunung Cho Oyu di Tibet, pada Oktober depan.

Beliau berkata misi ‘Dari Masjid ke Kemuncak’ itu ditetapkannya selepas kejayaan menawan puncak Himalaya pada 2015.

“Saya pernah terlibat dalam pendakian yang lebih ekstrem sebelum ini, Insya-Allah, tiada masalah untuk misi kali ini.. Sebagai persediaan, saya menjalani latihan setiap hari untuk mengumpul stamina dan kekal aktif,” katanya selepas menjadi tetamu Program Nine11 Bernama News Channel di Wisma Bernama di sini, hari ini.

Khairil Aslan, 42, pernah menawan tiga puncak Himalaya iaitu Puncak Maru, Lobuche dan Island dalam tempoh 32 hari bermula 26 Nov 2015 dan turut mencipta rekod antara pendaki solo Asia yang melakukan ekspedisi di ketiga-tiga puncak berkenaan pada musim sejuk.

Khairil Aslan, yang mengagumi pendaki Amerika Syarikat, Scott Fischer, baru sahaja menamatkan ekspedisi Kayuhan Solo ‘Dari Masjid Ku Menjelajah’ sejauh 2,700 kilometer selama 29 hari yang berakhir semalam.

Bermula 16 April lepas, anak jati Batu Kurau, Perak itu menjelajah Semenanjung Malaysia dengan memilih masjid sebagai tempat persinggahannya dalam usaha mendekati masyarakat setempat selain berkongsi pengalamannya sebagai pendaki dan kayuhan solo.


Bagi kayuhan terakhirnya, Khairil Aslan bertolak dari Masjid Putra di Nilai, Negeri Sembilan pada 3 petang semalam bagi menyelesaikan baki 30km kayuhan sebelum tiba di lokasi beliau memulakan kayuhannya pada 16 April lepas iaitu Masjid Bandar Seri Putra (MBSP), Putrajaya pada 5 petang.

Sepanjang misi itu, Khairil Aslan berkata beliau membawa beban seberat 60kg dan terpaksa melalui jalan lama dan berbukit.

“Paling mencabar dan menguji mental dan fizikal adalah dari Tasik Banding menuju ke Banjaran Titwangsa setinggi 2,000 meter. Sepanjang perjalanan itu, memang tiada perumahan, yang ada hanya kawasan hutan,”katanya.

Sepanjang misi itu, katanya beliau berkesempatan mengunjungi 150 masjid dan beritikaf di 28 masjid lain di 10 negeri selain singgah di titik hujung benua Asia, Tanjung Piai, Johor. – BERNAMA

Kategori