Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan...

Kuala Lumpur : Mahkamah Tinggi menolak permohonan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memulakan...

Dakwaan Pembangkang Ekonomi Malaysia...

Dakwaan pembangkang bahawa ekonomi Malaysia sedang dilanda krisis adalah keterlaluan dan tindakan tidak...

Video: Lelaki Berkayak Hampir...

SEORANG lelaki dari Florida, Ben Chancey hampir sahaja menjadi santapan seekor jerung yang...

Allahyarham Ayahanda Sentiasa Dalam...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ayahandanya, Allahyarham...

Kilang Perabot Guna Perisian Cetak Rompak

SUNGAI PETANI – Sebuah kilang perabot di Pengkalan Lebai Man dekat sini yang menggunakan perisian cetak rompak, diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Kedah Shamsul Nizam Khalil berkata, serbuan itu dibuat kira-kira 2 petang semalam selepas menerima aduan daripada wakil hak cipta perisian berkenaan.

“Kita mendapat aduan bahawa perisian pengadu telah disalah guna oleh sebuah premis di sini dan hasil siasatan mendapati bahawa syarikat terbabit sudah menggunakan tiga salinan langgaran Auto Cad sejak tiga tahun lepas.

“Tiga lelaki dan seorang wanita, masing-masing berusia lingkungan 30-an turut ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media di Pejabat KPDNKK Cawangan Sungai Petani di sini, hari ini.

Tambahnya, dalam serbuan itu, dua unit komputer dianggarkan bernilai RM7,000 dipercayai mengandungi tiga perisian cetak rompak yang dianggarkan bernilai RM45,000, turut dirampas.


“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1)(d) Akta Hak Cipta 1987, kerana memiliki apa-apa kegunaan salinan langgaran selain untuk kegunaan domestik dan persendirian.

“Jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM20,000 bagi setiap salinan langgaran atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama,” katanya. – BERNAMA

Kategori