Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Bekas Pembantu Anwar Ibrahim,...

PETALING JAYA : Saiful Bukhari Azlan yang merupakan bekas pembantu peribadi kepada Presiden...

Proses Pintu Sempadan Lancar...

KOTA KINABALU - Proses keluar dan masuk melalui pintu sempadan negara di Sabah...

Apple Patenkan Teknologi Baru...

'KEMALANGAN' seperti terjatuhnya telefon pintar ke lantai yang seterusnya membuatkan skrin sesentuh peranti...

Lebih Ramai Lagi Kakitangan...

SIAPA sangka, menjelang Hari Raya Aidilfitri, kakitangan awam yang selama ini setia bekerja...

Kisah Lyna: Pemburu Kerjaya Di Kota Besar (Bahagian 2)

SEJAK kerja di Unit Kenderaan di sebuah pusat pengajian tinggi tempatan, Lyna sentiasa sibuk. Hujung minggu pun dia kerja. Dapat elaun overtime antara RM200 hingga 300 sebulan.

Yang paling best, boleh dikatakan, tiap-tiap hari ada meeting. Bila ada meeting, tentu ada makanan. Jadi, jimatlah belanja makan harian. Tak lagi selalu terasa lapar akibat control budget makan. Lega la sikit.

Lyna hanya pekerja kontrak. Purata gaji bulanan RM1,800. Kalau ditambah overtime, dapatlah antara RM1,900 ke RM2,100. Lyna tetap hantar wang belanja ke kampung.

Seorang adiknya pula dapat belajar di sebuah institusi pengajian tinggi awam. Duit gaji Lyna kebanyakannya untuk sara ayah yang tidak berapa sihat dan untuk adik-adiknya. Tiada apa simpanan untuk dirinya.

Cukup-cukup untuk hidup. Lyna masih naik bas ke tempat kerja. Di Unit Kenderaan ini, banyak yang Lyna belajar. Perkara yang tidak dapat Lyna lupa, ialah bina kemesraan dengan semua orang. Tak kira pangkat.

Dari bos, pegawai, sampailah dengan driver dan makcik cleaner. Bagi Lyna, kemesraan ini penting. Penting untuk bina jaringan persahabatan atau “network”. Jaringan untuk masa depan katanya.

Akibatnya, semua orang di unit itu amat senang hati dengan Lyna. Waima bergelar graduan, Lyna tak kekok makan bersama makcik cleaner. Malah sewaktu rehat, Lyna selalu berehat di ruang tempat makcik cleaner berehat.

Mungkin dia anggap makcik cleaner tu dah macam arwah ibunya. Mungkin lepas juga rindu Lyna kepada arwah ibunya tatkala berbual dengan makcik cleaner tu.

Lyna amat memahami hakikat, graduan tidak boleh sombong. Kena terima apa sahaja kerja yang ditakdirkan Allah SWT. Bagi Lyna, ini mungkin sebuah permulaan bagi kehidupan yang lebih bermakna.

Walaupun masih bergelar pekerja kontrak, Lyna amat yakin, suatu hari nanti dia akan dapat kerja yang lebih baik. Lantaran itu, Lyna terus memohon kerja di tempat lain. Berpuluh permohonan kerja yang dihantar.

Hanya sedikit yang menjawab. Tak kurang dari lima yang panggil interview. Gaji dan elaunnya masih di antara RM1,900 ke RM2,100. Dengan gaji yang amat sederhana itu Lyna akan pastikan dia ada simpanan.

Ini untuk bercuti pada Hari Raya Puasa dan Hari Raya Korban. Ada simpanan tambang bas pergi balik beraya. Dan ada simpanan sikit untuk belanja hari raya.

Lyna ini pemalu orangnya. Tapi sekali-sekala, ‘naik darah’ juga. Lebih-lebih lagi apabila berurusan dengan mahasiswa yang cukup sombong.

“Mentang-mentang lah siswa tu ada pangkat tinggi dalam persatuan pelajar, nak tunjuk lagak sombong pulak kat kita. Dia tak tahu, bila dah grad nanti, bukan senang dapat kerja. Nak kerja kat tol lebuh raya pun dah susah.

“Sebab semua dah guna Touch and Go. Entah-entah… dia ni 2 tahun menganggur kut,” rungut hati Lyna. Geram tapi masih bersabar. Maklumlah, Lyna ni beriman orangnya.


Ada juga Lyna terkena dengan pegawai yang malas kerja. Yang makan gaji buta. Telefon berdering, tak diangkat. Pesan kat Lyna, kata dia tiada di pejabat. Mentang-mentang la di duduk kat dalam bilik.

Dia asyik layan handphone aje. Dah laa guna wifi free. Kedekut. Asyik melantak kemudahan yang kerajaan sediakan aje. Lyna lah yang kena buat semua kerja dia. Cover kerja dia. Begitulah nasib pekerja kontrak.

Bonus tahunan pun tiada. Tiga tahun Lyna bekerja di Unit Kenderaan tersebut. Nasib baik laa sentiasa sibuk. Jadi tak terasa sudah 3 tahun. Tiba-tiba suatu hari, seorang pak cik driver di Unit Kenderaan tu datang jumpa Lyna.

“Lyna, ini nombor anak pakcik. Telepon dia sekarang. Dia tu Pengurus. Tengah cari pekerja baru untuk jawatan Eksekutif Kanan di syarikat tempat dia berkerja. Lyna telepon cepat tau.”

Kini, kisah Lyna sudah 4 tahun berlalu. Lyna kini Penolong Pengurus di sebuah syarikat dengan gaji asas sebanyak RM3,500 tidak termasuk elaun lain. Dua bulan sekali sudah mampu balik ke Pantai Timur dengan menaiki pesawat.

Tidak lagi naik bas. Lyna masih single. Katanya malas nak fikir lagi pasal perkahwinan sebab nak tengok adik-adik lepas belajar dahulu. Sesungguhnya kisah Lyna ini banyak pengajaran.

Kepada bakal graduan, jangan lah memilih kerja. Jangan biar diri menganggur. Mohonlah dan sertailah Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M). Jangan fikir pasal elaun yang rendah. Tapi fikirlah demi untuk menimba pengalaman.

Kepada kakitangan yang sudah berpangkat dan lama bekerja, bekerjalah dengan jujur dan amanah. Jangan kianati amanah. Satu orang yang bermasalah, seluruh organisasi yang akan dapat nama buruk.

Kepada bos-bos besar, jangan asyik duduk dalam bilik. Selalulah keluar dari bilik, ronda-ronda tengok anak buah kerja. Jangan asyik pergi meeting ke hulu ke hilir, masalah dalaman organisasi tidak diselesaikan.

Rugi dapat pangkat besar, tapi tak buat penambahbaikan. Renung-renunglah dengan mata hati mengenai kisah Lyna ini.

Al-Fatihah buat ibu Lyna…

#laskarmalaya

Kategori