Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Inkues EIMARace: Penganjur Gagal...

KUANTAN - Mahkamah Koroner di sini hari ini, diberitahu bahawa penganjur Perlumbaan Automatif...

GLIC, GLC Perlu Tumpu...

KUALA LUMPUR - Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC)...

Tegur Etika Wartawan, Metro...

TANPA wartawan hidup kita bagaikan "katak dalam tempurung" dan tanpa mereka juga sudah...

Wanita Rugi RM11,000 Disamun...

KUALA LUMPUR - Seorang jurujual wanita kerugian RM11,000 selepas disamun seorang lelaki bersenjatakan...

Kit Siang Tuduh Kamarul Zaman Ejen UMNO

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang menuduh Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff sebagai ejen propaganda UMNO.

Beliau membuat tuduhan itu gara-gara berang dengan pendedahan Kamarul Zaman berhubung agenda kristianisasi DAP melalui pendekatan politik berdasarkan kajian yang dilakukan ahli akademik tersebut.

“Kamrul Zaman telah melakukan kemudaratan yang tidak boleh diperbaiki kepada reputasi UUM. Saya meratapi standard akademik universiti di Malaysia apabila orang seperti beliau boleh menjadi pengarah institut analisis politik sebuah universiti di negara ini,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kit Siang dalam pada itu mendakwa Kamarul Zaman menunjukkan tahap akademiknya yang sederhana apabila menyebut dua pemimpin DAP iaitu Anthony Loke dan Tony Pua merupakan penggerak agenda kristianisasi parti itu.

“Untuk pengetahuan Kamarul Zaman, Anthony Loke and Tony Pua bukan Kristian. Dimana hadirnya agenda Kristian DAP tersebut,” dakwanya.

Kamarul Zaman baru-baru ini mendedahkan DAP berdakwah dan memperjuangkan pentadbiran negara mengikut haluan agama Kristian.


Beliau mendakwa perkara itu boleh diteliti berdasarkan buku tulisan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Haya, Hannah Yeoh, bertajuk “Becoming Hannah” (Menjadi Hannah).

“Di dalam buku ini, Hannah Yeoh secara terbuka mengakui penglibatan beliau di dalam bidang politik dibantu oleh pihak Kristian, baik dari segi dana mahupun kempen, bagaimana beliau menggunakan kedudukan politik beliau untuk berdakwah mengenai agama Kristian dan sebagainya.

“Lebih dari itu, beliau juga menyeru ahli-ahli Felo Kristian Seberang Laut khususnya dan penganut agama Kristian umumnya untuk mengikut jejak langkah beliau menceburkan diri dalam bidang politik untuk membina semula Malaysia mengikut acuan agama Kristian,” dakwa Kamarul Zaman. – MYNEWSHUB.CC

Kategori