KUALA LUMPUR – Kerajaan negeri Selangor tidak terjejas ekoran tindakan Majlis Syura Ulama (MSU) PAS yang memutuskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan PKR semalam.
Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, kerajaan negeri tersebut di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan terus berfungsi seperti biasa.
“Kerajaan Selangor akan terus berfungsi seperti biasa untuk menumpukan membangun negeri dan memakmurkan rakyat.
“PKR sedia maklum keputusan MSU PAS membatalkan tahaluf siyasi walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengekalkan muafakat politik demi memenuhi spirasi rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Malah ujar Wan Azizah, ia sama sekali tidak menjejaskan pentadbiran kerajaan Selangor memandangkan ia mendapat mandat penuh rakyat.
Semalam, Setiausaha MSU PAS, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh dalam satu sidang media memaklumkan keputusan parti itu memutuskan tahaluf siyasi dan kerjasama politik dengan PKR beruatkuasa serta merta
Keputusan itu katanya dibuat berikutan PKR telah melanggar beberapa syarat tahaluf siyasi yang dipersetujui bersama sebelum ini. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=fQM0_iIC2Yw