Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

PDRM Kecam Tindakan Azmin...

MENERUSI satu siaran media dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebentar tadi, seluruh warga PDRM...

Pintu Kaca Balai Polis...

MELAKA - Kejadian aneh apabila sebuah pintu kaca di Balai Polis Banda Hilir...

Harap Tok Mat Selesaikan...

GOMBAK - Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM) berharap Menteri Pertahanan,...

Datuk 12 Cucu Lalok...

PORT DICKSON - Seorang warga emas berusia 70 tahun antara 45 individu yang...

Makin Baik Selepas Tamat Tempoh Kritikal

KUALA LUMPUR – Keadaan kesihatan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertambah baik selepas 24 jam tempoh kritikal berlalu.

Setiausaha Politiknya, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Abdul Hadi mula bersuara dan menunjukkan tanda positif.

“Antara perkara pertama yang disebut kepada saya malam tadi ialah supaya menyampaikan salam kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan beliau.

“Pagi ini juga, beliau telah mula menjamah makanan lembut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Hadi selamat menjalani pembedahan peenggantian injap jantung di Institut Jantung Negara pagi Selasa.

Pihak IJN dalam satu kenyataan media memaklumkan bahawa pembedahan pemindahan injap yang memakan masa tiga jam berjalan mengikut jadual yang dirancang.

Pembedahan tersebut diakukan berikutan keadaan kesihatan Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang dilaporkan semakin tidak mengizinkan akibat kebocoran pada injap jantung beliau.


IJN juga menyebut, lawatan pada peringkat ini masih dihadkan hanya kepada keluarga terdekat sahaja sehingga dimaklumkan sebaliknya nanti.

Hadi sebelum ini pernah dua kali dimasukkan ke IJN pada taahun lalu sekitar Januari dan Oktober. Namun media melaporkan ia hanya sekadar rawatan susulan biasa yang dijadualkan oleh pakar. – MYNEWSHUB.CC 

*Video di bawah memaparkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah menziarahi Datuk Seri Abdul Hadi Awang sewaktu menerima rawatan di IJN tahun lalu:

https://www.youtube.com/watch?v=a0ynEWHCihY

Kategori