Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

“Netizen Yang Kecam Tiada...

SEMALAM, pelakon terkenal tanah air, Datuk Farid Kamil dan Datuk Aaron Aziz telah...

Aidiladha: Pemeriksaan Rumah Ke...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengumumkan sama ada akan membuat...

Tilawah Hafazan Al Quran...

MULAI 16 hingga 18 Mei setiap 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari, penonton...

PRN Johor: Senarai Calon...

JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) hanya akan mengumumkan 56 calon yang bakal bertanding...

Konsistensi Perjuangan Faktor UMNO Jadi Pilihan

KUALA LUMPUR – “Konsistensi dalam perjuangan” itu asas kukuh yang membezakan UMNO dengan parti-parti pembangkang lain, kata Naib Presiden parti merangkap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Hishammuddin berkata sejak penubuhan parti itu oleh datuknya, Allahyarham Datuk Onn Jaafar pada 1946, UMNO tidak pernah mengubah asas perjuangannya, sebaliknya mengambil pendekatan berani dan teguh dalam menghadapi dunia politik yang mencabar.

“Apa yang kita lakukan sejak zaman Datuk Onn dahulu, kita konsisten dengan pendirian kita…tidak berubah-ubah. Pendirian yang cukup berani sebenarnya dalam dunia politik yang cukup populis hari ini.

“Ini yang pihak pembangkang cuba nak tiru…tetapi kebelakangan ini dah nampak mereka tak berjaya kerana dalam perjuangan ini, ia memerlukan keikhlasan, kejujuran dan perlu meletakkan agenda yang lebih besar daripada kepentingan peribadi,” katanya.

Anggota Parlimen Sembrong itu berkata demikian ketika sesi temu bual bersama media sempena Sambutan Ulang Tahun ke-71 UMNO, di sini hari ini.

Hishammuddin, yang juga Menteri Tugas-tugas Khas, berharap rakyat dapat menilai sendiri parti mana yang sentiasa mementingkan agenda Melayu serta kepentingan negara.

Meniti usia parti yang hampir mencecah 71 tahun, UMNO, menurut Hishammuddin, perlu memahami landskap politik luar yang sentiasa berubah, dan menjadi lebih inklusif bagi memastikannya kekal relevan di mata golongan muda.

Beliau berkata, walaupun UMNO sering diserang kiri dan kanan oleh musuh-musuh politiknya, parti itu tetap teguh berdiri sebagai tunjang utama Barisan Nasional (BN) dalam memastikan negara terus maju.

“Saya tengok dalam landskap politik yang berubah, kritikan, dugaan, dan juga serangan terhadap parti kita kebelakangan ini, dan beberapa tahun sebelum ini, kita dapat laluinya, sebab kita dah lalui sejak zaman Datuk Onn lagi. Ini beri kita kekuatan, bukan saja untuk hadapi ujian hari ini, tapi ujian lebih besar lagi pada masa akan datang.


“Saya amat gembira UMNO sedar, bahawa kita hari ini, berada dalam parti UMNO, bukan hanya untuk anggota UMNO, kita dalam ini memimpin bangsa kita, memimpin ummah, memimpin kerajaan, dan ini, satu kekuatan yang kita jangan ambil mudah,” katanya lagi.

Hasil daripada kebijaksanaan UMNO dan BN memimpin negara, Hishammuddin berkata, Malaysia sentiasa menerima pengiktirafan dunia, baik dari segi kekuatannya memimpin masyarat majmuk dan berbilang bangsa, mahupun dalam memastikan negara terus stabil dari segi ekonomi, hubungan perdagangan, dan sebagainya.

Hishammuddin bagaimanapun mengakui, tiada mana-mana parti di dunia ini, apa lagi di negara ini, terkecuali daripada kelemahan, dan ini termasuklah UMNO sendiri.

Katanya kepimpinan tertinggi UMNO sentiasa berusaha memastikan segala kelemahan itu diminimakan bagi memastikan agenda perjuangan parti tidak terganggu, dan terus relevan bagi meyakini rakyat untuk terus memilih parti itu sebagai tunjang kepimpinan negara.

“Umno merupakan parti yang menuntut kemerdekaan, dan masih lagi wujud (sehingga kini), (namun) ini tak bermakna dalam proses sampai 71 tahun, kita tak ada kelemahan…kelemahan ini banyak berkisar kepada keputusan yang kita buat dan rasakan relevan ketika itu. Namun hari ini mungkin memerlukan transformasi dan pendekatan yang berbeza.

“Contohnya, ‘inclusivity’ itu penting untuk kita pastikan seramai mungkin rakyat di luar sana, tak jadi anggota UMNO pun tidak mengapa, tapi beri peluang untuk kita terus buktikan apa yang kita lakukan ini adalah demi mereka dan negara,” katanya lagi

Justeru itu, katanya amanat Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak pada 11 Mei ini, amat penting untuk dihayati, bukan sahaja oleh akar umbi dan penyokong parti, tetapi juga kepada rakyat demi memastikan UMNO kekal relevan dalam memastikan negara kekal makmur, terjaga, dan maju ke hadapan. – BERNAMA

Kategori