PYONGYANG – Korea Utara mengesahkan negara itu berjaya melancarkan peluru berpandu balistik jarak sederhana semalam.
Agensi beritanya, KCNA berkata, senjata berkenaan sedia digunakan untuk sebarang tindakan ketenteraan.
Menurut laporan CNN, ujian terbaharu itu dilakukan selepas seminggu Korea Utara melancarkan roket jenis baharu yang boleh membawa kepala peledak lebih besar.
Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un menyelia pelancaran peluru berpandu Pukguksong-2 pada hari Ahad, kata KCNA sambil menambah beliau telah meluluskan penggunaan sistem senjata tersebut untuk tindakan.
Kementerian Luar Korea Selatan sebelum ini berkata, tindakan Korea Utara yang melancarkan ujian peluru berpandu itu adalah perbuatan yang melulu dan tidak bertanggungjawab.
Sementara itu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Rex Tillerson menyifatkan tindakan itu sebagai mengecewakan.
Menurut Korea Selatan, peluru berpandu itu dibedil sejauh 560 kilometer ke arah Laut Jepun. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=03QtVN4fDSg