Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pemuda UMNO Nafi Ugut...

MELAKA - Pemuda UMNO Cawangan Krubong Tengah hari ini membuat laporan polis di...

JKM Tunggu Laporan Perubatan...

PUTRAJAYA - Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) sedang menunggu laporan perubatan daripada pegawai perubatan...

Kombinasi Ayam Goreng Dan...

KENTUCKY - Ayam goreng KFC sedap sehingga menjilat jari. begitu juga donut.Bagaimana rasanya...

Kerajaan Bayar Pampasan Jemaah...

KUALA LUMPUR : Kerajaan akan membayar pampasan kepada jemaah umrah yang terpaksa menangguhkan...

KPDNKK Membuat Ujian Makanan Termasuk Bufet

KUALA TERENGGANU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Terengganu akan turun padang untuk melakukan pembelian ujian pelbagai jenis makanan termasuk bufet Ramadan di restoran-restoran ekslusif dan hotel-hotel di negeri ini.

Pengarahnya, Azlan Abdul Samat berkata pembelian ujian itu bertujuan memastikan tiada premis yang menjual makanan dengan harga melampau selain memastikan semua makanan yang dijual mempunyai tanda harga.

“Penguatkuasa KPDNKK Terengganu akan berpakaian preman dan membuat pembelian ujian makanan ini secara rambang,” katanya kepada pemberita selepas sidang media rampasan telekung jenama Siti Khadijah tiruan bernilai RM12,000 di sini hari ini.

Ditanya mengenai perkembangan siasatan terhadap pemilik sebuah kedai makan di Kemaman kerana mengenakan caj harga tidak munasabah baru-baru ini, beliau berkata pihaknya masih dalam proses siasatan.

“Kita masih melakukan siasatan lanjut. KPDNKK Terengganu pernah memberi nasihat kepada pemilik kedai makan itu dan pernah dikenakan kompaun sebanyak RM5,000 pada awal tahun ini.

“Namun, kesalahan sama masih berulang. Kita akan lihat sama ada kesalahan kali ini lebih berat atau bagaimana dan siasatan dijalankan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011,” katanya.


Minggu lalu, KPDNKK Terengganu mengeluarkan satu notis selepas melakukan pemeriksaan terhadap sebuah kedai makan di Kemaman susulan dakwaan seorang lelaki yang tidak berpuas hati apabila dikenakan harga RM32 bagi sepinggan nasi.

Selain notis, KPDNKK Terengganu turut menyita tiga jenis lauk iaitu 13 ketul ikan siakap, 10 biji telur rebus dan 52 ketul hati kerana pemilik kedai gagal mempamerkan tanda harga.

Lelaki itu memuat naik status di Facebook tentang dirinya dicaj RM32 bagi sepinggan nasi berlaukkan seekor udang galah, dua potong sotong dan sayur kangkung. – BERNAMA

Kategori