Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pertabalan Agong Upacara Simbolik,...

KUALA LUMPUR - Pertabalan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 di...

Jamal Mohon Peguam Negara...

PUTRAJAYA - Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos hari...

Raja Bhumibol Gering, Rakyat...

RATUSAN rakyat negara Thailand resah menunggu di hadapan bangunan Hospital Siriraj di Bangkok...

Pegawai, Anggota Polis Bayar...

KUALA LUMPUR - Ada pegawai dan anggota polis membayar ribuan ringgit kerana ingin...

KPDNKK Selangor Rampas Beg Jenama Tiruan RM40K

KLANG – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor merampas 1,500 buah beg dan dompet pelbagai jenama tiruan bernilai RM49,530 dalam serbuan di tiga premis di sebuah pusat pemborong di sini, semalam.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK negeri Abdul Rosik Yakub berkata dalam serbuan pada 12 tengah hari itu, pihaknya turut menahan dua wanita dan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an yang merupakan pekerja di tiga premis itu bagi membantu siasatan.

“Siasatan mendapati tiga premis ini dimiliki oleh individu yang sama dan usaha mengesan pemilik premis sedang giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata antara jenama tiruan yang dirampas termasuk Louis Vuitton (LV) dan Gucci yang dijual dengan harga antara RM200 hingga RM300 sebuah.


Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Perihal Dagangan 2011 dan jika sabit kesalahan individu terlibat boleh didenda maksimun RM10,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya, manakala jika premis dimiliki oleh syarikat, pemilik syarikat boleh didenda maksimum RM15,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya. – BERNAMA

Kategori