Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Dos Penggalak Dari Vaksin...

KUALA LUMPUR - Pemvaksinan secara campuran atau heterologous terbukti lebih berkesan daripada pengambilan...

Mourinho Yakin Chelsea Akan...

LONDON - Jose Mourinho menegaskan Chelsea akan bangkit dengan pantas daripada penyingkiran memalukan...

Keluarga Rancang Bawa Farid...

KELUARGA pengarah, Datuk Farid Kamil Zahari berhasrat untuk membawa aktor itu menjalani rawatan...

PH Mohon Tangguh PRN...

KUALA LUMPUR: Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menggesa kerajaan menangguhkan Pilihan Raya Negeri...

KPM, Jakim Tentukan Terma Pendaftaran Sekolah Tahfiz

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan berbincang berhubung terma dan rujukan untuk proses pendaftaran sekolah tahfiz agar dapat diletakkan di bawah satu institusi.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata perkara itu diputuskan selepas beliau mengadakan pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom semalam.

“Terma dan rujukan terbabit antaranya adalah dari segi penyediaan insfrastruktur, kokurikulum dan guru,” katanya pada sidang akhbar selepas Multaqa Pengetua dan Guru Besar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan di sini, hari ini.

Mahdzir sebelum ini dilaporkan berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Jamil Khir bagi membincangkan mengenai pendaftaran sekolah agama tahfiz swasta dan persendirian di seluruh negara ekoran kematian seorang pelajar madrasah tahfiz di Kota Tinggi, Johor, Mohamad Thaqif Amin Mohd. Gaddafi, minggu lepas.

Beliau berkata pegawai Kementerian Pendidikan dan Jakim akan berbincang berhubung perkara tersebut dalam masa terdekat sebelum pihak yang terlibat melaksanakan proses pendaftaran sekolah tahfiz.


“Apabila sekolah-sekolah tahfiz ini berdaftar, mereka seharusnya memenuhi syarat dan keperluan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan dan Jakim dan sekiranya mereka melanggar syarat-syarat yang ditetapkan ini akan mengakibatkan pembatalan lesen mereka,” katanya.

Buat masa ini, Mahdzir berkata kebanyakan sekolah tahfiz diletakkan di bawah kelolaan Majlis Islam Negeri masing-masing dengan sebahagiannya mengikuti silibus pembelajaran yang disediakan Kementerian Pendidikan. – BERNAMA

Kategori