Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Polis Buka 2 Kertas...

IPOH – Polis membuka dua kertas siasatan berhubung dakwaan seorang Ahli Exco kerajaan...

Bahasa Melayu Perlu Jadi...

BANGKOK – Bahasa Melayu yang ditutur oleh lebih 300 juta orang atau separuh...

‘Fin’ Si Pembunuh Kongsi...

KUALA LUMPUR - 'Fin', itu gelaran anggota kongsi gelap yang sanggup melakukan apa...

Pangkalan Udara Baharu TUDM...

PORT DICKSON - Projek pembinaan pangkalan udara baharu Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)...

KRT Pemangkin Keharmonian Penduduk

KUALA PERLIS – Perlis kini mempunyai 123 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) apabila yang terbaharu di Taman Wai di sini dilancarkan semalam.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Dan Intergrasi Nasional (JPNIN), Baharin Idris, KRT Kampung Wai merupakan yang ke-10 dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Kuala Perlis.

“KRT berjaya sebagai platform untuk meningkatkan keselamatan dan mengharmonikan perpaduan antara kaum dalam komuniti dan adalah wajar ia diperkasakan,” katanya kepada Bernama selepas perasmian KRT Taman Wai oleh anggota Exco kerajaan negeri, Hajah Rela Ahmad.

Baharin berkata KRT turut memainkan peranan sebagai pemudahcara dan orang tengah bagi menyelesaikan isu-isu membabitkan masyarakat setempat.

“Hubungan yang terjalin melalui KRT telah dapat meredakan keadaan dan kita juga banyak membantu pihak berkuasa membanteras kejadian jenayah,” tambahnya.


Katanya KRT ditubuhkan pada 1975 hasil idea Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein rentetan peristiwa 13 Mei 1969 untuk mengurangkan ketegangan antara kaum di samping meningkatkan keselamatan dalam sesuatu kawasan.

Sempena pelancaran KRT tersebut pelbagai acara diadakan bagi memeriahkannya seperti pertandingan sukaneka, aktiviti menanam pokok dan jamuan makan. – BERNAMA

Kategori