Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Air Mata Biru Pantai...

MIRI - Pantai Tusan di Bekenu, kira-kira 40 kilometer dari bandar raya ini,...

Mangsa Banjir Sabah Meningkat...

KOTA KINABALU : Jumlah mangsa terkesan banjir di Sabah menunjukkan peningkatan ketara dengan...

Zahid Didakwa Sekali Lagi...

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini...

Ronaldo Disahkan Positif Covid-19

PORTUGAL terpaksa melupakan khidmat pemain bintangnya, Cristiano Ronaldo pada saingan Liga Negara-Negara UEFA...

Kulit Kepala Tercabut Dalam Mesin Akibat Rambut

BEIJING – Seorang pekerja kilang plastik nyata panjang umur apabila terselamat walaupun kulit kepalanya tersiat selepas rambutnya tersangkut dalam mesin.

Dalam kejadian di Jinhua, wilayah Zhejiang, timur China itu, pekerja yang cuma dikenali sebagai Yang itu berkata, ketika kejadian dia membongkok untuk mengambil sesuatu.

Namun kemudian tiba-tiba rambutnya tersangkut pada alat penggiling menyebabkan kulit kepalanya tersiat.

Yang tidak pengsan, malah masih mampu berlari mendapatkan bantuan rakannya selepas kejadian itu.

Mereka terkejut melihat kepala Yang berlumuran darah dan terus mengeluarkan kulit kepala serta rambutnya dari mesin berkenaan yang diserahkan kepada paramedik yang tiba beberapa minit kemudian.

Yang dalam keadaan terkejut ketika dibawa ke hospital untuk pembedahan segera dan doktor mengambil masa lapan jam untuk menyambungkan semula kulit kepalanya.


Dr Li Bin berkata, pembedahan itu amat mencabar kerana kulit kepala Yang tersiat sepenuhnya dari bawah kening, telinga dan tengkuk.

“Dia mengalami trauma dan kehilangan banyak darah,” katanya.

Dr Li turut mengingatkan pekerja kilang sentiasa mengikat rambut mereka dan menutup kepala untuk mengelak kejadian seumpama itu berlaku. – Agensi/myMetro Online

Kategori