Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

UTC Bakal Diwujudkan Di...

TELUK INTAN — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang melakukan lawatan...

Tokoh Tahfiz Cerita Pengalaman...

KOTA BHARU - Hanya kerana melengahkan suruhan ibu, ayat-ayat Al-Quran yang dibaca gagal...

Mahathir Mula Masuki Pejabat...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memasuki Pejabat Perdana Menteri hari...

FAM Masih Tagih Khidmat...

KUALA LUMPUR - Bagai bertepuk sebelah tangan, itulah pepatah paling tepat menggambarkan situasi...

Kurang Kesedaran Sebab 120,000 Tak Daftar Pengundi

KUALA LUMPUR – Kurangnya kesedaran dalam kalangan anggota cawangan MIC adalah antara sebab utama terdapat kira-kira 120,000 anggota parti tidak berdaftar sebagai pengundi, kata presiden MIC Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

“Mereka tidak ambil tahu tentang sistem politik negara, yang demikian kita perlu melakukan usaha lebih giat untuk mendorong mereka menjadi pengundi,” kata beliau.

Dr. Subramaniam bercakap kepada media selepas merasmikan Majlis Anugerah Tahunan Pelajar Terbaik India bagi SPM dan STPM di sini malam ini.

Dr.Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan berkata MIC masih dalam proses mengenal pasti anggota parti di seluruh negara yang belum berdaftar sebagai pengundi dan meminta mereka berbuat demikian menjelang 15 Jun.


Sebelum ini, Dr. Subramaniam dilaporkan berkata parti itu mensasarkan untuk mendaftar sekurang-kurangnya 90,000 anggota MIC yang masih belum berbuat demikian. – BERNAMA

Kategori