Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Walau Ada Peluang, Tertuduh...

SHAH ALAM - Seorang saksi polis hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini...

Kerajaan Diminta Kaji Semula...

GEORGE TOWN - Sekumpulan pemandu teksi limosin Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP),...

Polis Tahan Lelaki Terlibat...

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam satu pergaduhan...

Isu Air Di Johor...

NUSAJAYA - Pembinaan Baraj Sungai Johor yang dijangka siap selewat-lewatnya Mei tahun depan,...

Larian Bendera UMNO Zon Utara Masuk Selangor

TANJUNG MALIM – Larian Bendera sempena sambutan ulang tahun UMNO Ke-71 bagi zon utara memasuki Selangor hari ini, selepas tiga hari menjelajah ke seluruh Perak.

Konvoi larian itu, yang diketuai Ketua Penerangan UMNO Perak Datuk Mohd Khusairi Talib, menyerahkan bendera Sang Saka Bangsa kepada Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahalan kira-kira 12.30 tengah hari di sini.

Terdahulu, larian lebih 60 kilometer itu bermula di Tapah dengan diketuai Ketua Bahagian UMNO Tapah Datuk Shamsuddin Abu Hassan dan Ketua Umno Bahagian Teluk Intan Datuk Mohd Azhar Jamaluddin yang kemudian menyerahkan bendera itu kepada UMNO Tanjung Malim yang diwakili Naib Ketua Bahagian Mohd Hatta Lodin di Stesen Petronas Tanjung Malim.

Mohd Khusairi berkata kira-kira 3,000 anggota UMNO menyertai larian itu di Perak, yang bermula di Parit Buntar pada 6 Mei lepas.

“Kami amat menghargai sambutan anggota parti yang terdiri daripada pelbagai golongan masyarakat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas larian itu.


Sementara itu, Mat Nadzari pula berkata beliau berbangga kerana Selangor dipilih sebagai negeri yang menjadi lokasi utama acara kemuncak itu dilangsungkan.

“Kita gembira menerima bendera ini daripada UMNO Perak dan amanah yang diberikan ini akan kami galas dengan sebaiknya sebelum acara kemuncak berlangsung,” katanya.

Mengulas mengenai larian seterusnya, beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor berkata ia akan diteruskan hari ini bermula dari Sungai Besar ke Sabak Bernam dan berakhir di Tanjung Karang. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • UMNO

Kategori