Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pemandu Dapat Kopi Free...

DALAM langkah untuk menjadikan daerah Aichi Prefecture, Jepun sebuah tempat yang selamat dalam...

Bapa Nafi Kematian Amirul...

TAIPING - Bapa seorang pelajar Malaysia yang maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat...

GV3: Intan Sedar Ada...

SHAH ALAM - Penyanyi Intan Sarafina mengakui sedar ada segelintir pihak dalam industri...

Payudara Wanita Pecah Sebab...

SEORANG wanita dari Canberra, Australia dilaporkan pecah implan pada bahagian payudara selepas seekor...

Lelaki Didakwa Kemuka Dokumen Pesanan Palsu

JOHOR BAHRU – Seorang bekas pengurus kanan sebuah syarikat swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 27 pertuduhan mengemukakan dokumen pesanan pembelian palsu untuk resin plastik berjumlah RM50.9 juta, dua tahun lalu.

Foo Tseh Wan, 40, yang sebelum ini pernah berdepan dengan 115 pertuduhan memalsukan pesanan pembelian berjumlah RM101.64 juta serta 13 lagi pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram berjumlah RM500,000, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir, selepas kesemua pertuduhan dibacakan.

Foo yang didakwa sebagai ejen kepada syarikat Toyota Tsusho (M) Sdn Bhd telah mengemukakan 27 dokumen pesanan pembelian (PO) palsu kepada Toyota Tusho bagi digunakan dalam pengauditan.

Dalam semua dokumen PO itu, Foo menyatakan lapan syarikat telah melakukan pesanan resin plastik tetapi sebenarnya tidak pernah dibuat dan ia dilakukan oleh Foo demi mengelirukan majikannya dan demi untuk kepentingannya.

Kesemua kesalahan dilakukan tertuduh di pejabat Toyota Tsusho cawangan Johor Bahru di Jalan Dato’ Abdullah Tahir di sini antara 8 pagi dan 5 petang, 27 dan 28 Mei 2015.

Dia didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda dari nilai terlibat atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mahadi Abdul Jumaat tidak mencadangkan sebarang jaminan sebaliknya mahu nilai ikat jamin RM450,000 yang dikenakan terhadap tertuduh bagi kedua-dua kes sebelum ini, diguna pakai.

Beliau turut mencadangkan kes baharu yang dihadapi tertuduh hari ini dibicarakan bersama dua lagi kes sebelum ini.

Mahkamah kemudian mengekalkan ikat jamin RM450,000 terhadap tertuduh selain menetapkan 20 Jun ini untuk tarikh sebutan semula.

Tertuduh diwakili peguam Elina Abdul Rashid dan peguam pemerhati bagi pihak Toyota Tsusho, Magita Hari Mogan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • palsu

Kategori