Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Bunuh Gelandangan, Lelaki Dipenjara...

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 18 tahun oleh Mahkamah Tinggi di...

Hannah Nafi Gosip ‘Demand’...

MULA tempa nama dalam industri hiburan tanah air sejak membintangi drama Mencintaiku Mr....

Noktah! PKR, DAP Sabah...

SETELAH minggu lalu DAP Sarawak mengumumkan keluar dari Pakatan Rakyat (PR) negeri itu atas...

Jalan Paling Bahaya Di...

BATU PAHAT : Projek naik taraf laluan FT050 menghubungkan daerah Batu Pahat-Ayer Hitam-Kluang...

Lelaki Dipenjara 9 Tahun, Merokok Dalam Pesawat

SEORANG lelaki yang menyebabkan alat penggera api berbunyi di dalam pesawat gara-gara tindakannya menghisap rokok di dalam tandas, telah dijatuhkan hukuman penjara sembilan tahun dan enam bulan.

John Cox, telah menyebabkan penggera api berbunyi dalam Monarch Airbus selepas membuang puntung rokok dalam tong sampah di dalam tandas pesawat berkenaan ketika dalam penerbangan dari Birmingham ke Sharm el-Sheikh di Mesir.

Ketika itu pesawat tersebut terbang pada paras 33,000 kaki di udara, pada Ogos 2015.

Disebabkan perbuatan Cox itu, kru penerbangan bertungkus lumus memadamkan kebakaran.

Cox ditahan oleh pihak berkuasa di Mesir sebaik sahaja pesawat mendarat dan dia ditangkap ketika dibawa pulang ke Britain.

Ketika perbicaraan, Cox didapati mabuk dan turut berlaku agresif terhadap penumpang dan kru pesawat itu.


Pada mulanya mahkamah di Birmingham menjatuhkan hukuman empat tahun dan enam bulan ke atas Cox pada Januari lalu, namun mahkamah rayuan mendapati hukuman itu terlalu ringan lalu menambah hukuman kepada penjara sembilan tahun dan enam bulan.

Sementara itu, juruterbang pesawat Monarch yang telah berkhidmat selama 20 tahun berkata, dia tidak pernah mengalami pengalaman seperti itu yang berpotensi membahayakan nyawa ramai. – MYNEWSHUB.CC

Kategori