Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Kompleks ICQS Tebedu Akan...

TEBEDU - Kemudahan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Tebedu harus...

Michael Ang Serik Dikecam,...

SELEPAS terheret dalam isu majlis pelancaran Naelofar Hijab yang diadakan di sebuah kelab...

Yuna Pernah Disuruh Tanggal...

KUALA LUMPUR - Penyanyi popular Yuna mendedahkan dia pernah diminta membuka hijab oleh...

Berlembut Pendekatan Terbaik Perangi...

KUALA LUMPUR – Kaedah berlembut dan menangani naratif merupakan pendekatan terbaik bagi menentang...

Lelaki Hilang Dikhuatiri Lemas Di Sungai Pegalan

KENINGAU – Seorang lelaki hilang, dikhuatiri lemas, selepas dihanyutkan arus deras ketika menyeberangi Sungai Pegalan, di sini pagi tadi.

Mangsa, Daibet Juan, 48, yang berasal dari Kampung Dangulad, dihanyutkan kira-kira pukul 11.30 pagi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Keningau, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa digerakkan sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kejadian itu, namun sehingga operasi ditangguhkan lewat petang tadi, mangsa gagal ditemui.

Jurucakap itu berkata sebuah bot digunakan dalam operasi SAR yang melibatkan tujuh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Keningau.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, seorang suri rumah yang hanya dikenali sebagai Asma @ Monica, 59, melecur di beberapa anggota badannya selepas rumah dua tingkat miliknya di Kampung Bakiau dekat sini, terbakar kira-kira pukul 11.20 pagi tadi.


Mangsa yang tinggal sehelai sepinggang selepas rumah miliknya musnah dalam kebakaran itu telah dirujuk ke Hospital Daerah Keningau untuk rawatan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Keningau berkata punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siastan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • lemas

Kategori