Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Najib Umum Habuan Lebih...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri...

Seperti Dipergunakan, Amy Search...

LEGENDA artis rock tanah air, Amy Search baru-baru ini meluahkan rasa tidak puas...

“Tiada Maaf Untukmu Sergio...

MOHAMED Salah belum bersedia untuk memaafkan kapten Real Madrid berikutan insiden ketika Final...

‘Say Something Nice’ Tumpu...

PUTRAJAYA - Dalam usaha mengukuhkan perpaduan antara kaum di negara ini, kempen 'Say...

Lelaki Malaysia Disyaki Daesh Keluar Thailand 21 April

BANGKOK – Pihak berkuasa Thailand mengesahkan bahawa seorang lelaki rakyat Malaysia yang mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas Daesh telah meninggalkan Thailand pada 21 April.

Menurut Ketua Majlis Keselamatan Kebangsaan (NSC), Jen Thawip Netniyom, rekod imigresen menunjukkan Muhammad Muzaffa Arieff Junaidi yang berasal dari Rantau Panjang, Kelantan meninggalkan Thailand melalui pusat pemeriksaan Imigresen Sungai Golok pada hari tersebut.

“Rekod kami baru-baru ini menunjukkan lelaki itu meninggalkan secara sah melalui pusat pemeriksaan imigresen Sungai Golok pada 21 April. kami juga mempunyain rekod apabila dia memasuki Thailand,” kata beliau kepada media di sini hari ini.

Thailand akan berusaha untuk memburu lelaki yang dikehendaki itu jika pihak berkuasa Malaysia berkongsi maklumat mengenai apa yang dikatakan penglibatannya dalam kumpulan pengganas, kata ketua NSC itu.

Kenyataan beliau ialah susulan pengumuman oleh Ketua Polis Negara Malaysia Tan Sri Khalid Abu Bakar dua hari lepas mengenai penangkapan enam individu kerana disyaki mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas Daesh.

Khalid juga berkata, Muhammad Muzaffa dapat meloloskan diri daripada ditangkap dan melarikan diri ke selatan Thailand bersama dua pucuk senjata api, sepucuk pistol dan raifel tempur M-4 Carbine

Thawip juga berkata tidak ada bukti mengenai kewujudan unit Daesh di negara ini tetapi berjanji pihak berkuasa Thailand akan terus memantau kumpulan tersebut dan bertukar maklumat risikan dengan negara-negara lain.

“Kita perlu bertukar maklumat dengan negara lain dan memantau aktiviti perjalanan anggota-anggota Daesh yang kembali, kata beliau.


Sumber keselamatan di selatan Thailand memberitahu Bernama, bahawa lelaki yang berasal dari Kelantan itu ialah seorang pengembara biasa ke selatan Thailand dan rekod imigresen menunjukkan dia memasuki wilayah di sempadan sekurang-kurangnya sembilan kali baru-baru ini.

“Rekod terbaharu imigresen menunjukkan dia meninggalkan Thailand melalui pusat pemeriksaan imigresen Sungai Golok kira-kira 5 pagi pada 21 April, ” kata beliau dan menambah rekod imigresn menunjukkan hanya keluar masuk secara sah.

Sementara itu, ketua NSC itu juga ditanya mengenai dakwaan penyeludupan senjata api dari selatan Thailand ke Malaysia oleh mereka yang disyaki mempunyai hubungan dengan kumpulan Daesh dan berkata Thailand memerlukan lebih banyak maklumat dari negara jirannya.

“Maklumat yang kita terima menunjukkan ia hanya melibatkan beberapa senjata api,” kata beliau sambil menambah Malaysia dan Thailand perlu meningkatkan kekerapan pertukaran maklumat risikan terutama apabila ia melibatkan ancaman oleh kumpulan Daesh dan anggota-anggotanya.

Menurut polis Malaysia, Muhammad Muzaffa ialah dari unit sama yang bertanggungjawab menyeludup senjata api dari selatan Thailand ke Malaysia. – BERNAMA

Kategori