Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Cuti Hujung Minggu Mula...

JERANTUT - Cadangan menukar cuti hujung minggu kepada Jumaat memerlukan kajian menyeluruh sebelum...

Pegawai Polis Nafi Bocor...

KUALA LUMPUR : Seorang pegawai polis menafikan bahawa gambar kecederaan remaja Sindrom Down,...

Tiga Maut Kereta Langgar...

PUTRAJAYA - Tiga remaja lelaki maut dan seorang lagi cedera parah apabila kereta...

Polis Patahkan Sindiket Jual...

KUALA LUMPUR - Polis Kuala Lumpur berjaya menumpaskan satu sindiket membuat dan menjual...

Lelaki Tertua Di Indonesia Meninggal Dunia

JAKARTA – Seorang lelaki dipercayai sebagai manusia tertua di Indonesia Sodimejo atau lebih dikenali sebagai Mbah Gotho, meninggal dunia malam tadi dalam usia 146 tahun.

Mbah Gotho yang berasal dari Sragen, Solo di Jawa Tengah itu dilaporkan meninggal dunia akibat sakit setelah dimasukkan ke Hospital Sragen sejak dua hari lepas.

Media-media dalam talian memetik Timbalan Ketua Polis Seksyen Sambungmacan, Zaeni sebagai berkata Mbah Gotho sebelum ini sering menerima rawatan di hospital berkenaan dan enggan dimasukkan ke wad.

“Sebelumnya Mbah Gotho telah dirawat di Hospital Sragen namun dia meminta keluarganya untuk dibawa pulang ke rumahnya,” kata Zaeni.

Lelaki Tertua Di Indonesia Meninggal Dunia

Berdasarkan kad pengenalannya, Mbah Gotho dilahirkan pada Disember 1870 dan dalam satu wawancara dengan media tempatan, dia masih mampu menceritakan mengenai pembukaan kilang gula di daerahnya pada zaman penjajah Belanda sekitar akhir tahun 1800-an.

Mbah Gotho tidak mempunyai sebarang penyakit kronik malah masih boleh berjalan tanpa bantuan tongkat.


Bagaimanapun lelaki itu pernah berkata tidak ingin hidup lama kerana kesemua empat isteri dan tiga anaknya telah meninggal dunia.

Seorang daripada cucunya Suwarni berkata Mbah Gotho tidak pernah mewasiatkan apa-apa kecuali ingin meninggal dunia di rumah.

Mbah Gotho meninggalkan 12 cucu, 17 cicit dan dua piut. – BERNAMA

Kategori