Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Anggota UMNO Perlu Akur...

BANTING - Anggota UMNO di peringkat akar umbi diminta untuk akur dan bersatu...

Perak Sah Beraksi Di...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akhirnya mengesahkan Perak menjadi pengganti kepada...

Faye Kusairi Tak Akan...

KUALA LUMPUR - Aktres Faye Kusairi tidak akan berkahwin dengan teman lelakinya, pengarah...

Raja Saudi Arah Bayar...

RIYADH - Raja Arab Saudi, Raja Salman hari ini mengarahkan bayaran bulanan sebanyak...

Lembaga TH Sasar 1,941 Penerima Zakatnya Tahun Ini

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) menyasar seramai 1,941 orang menerima sumbangan zakat melalui Program Ehsan untuk tahun ini.

Pengurus Besar Kanan Bahagian Sumber Manusia TH, Mohd Hisham Harun berkata TH telah memulakan siri jelajah Program Ehsan bermula hari ini dengan memberi sumbangan sebanyak RM70,000 kepada 140 orang yang terdiri daripada fakir miskin, warga emas, ibu dan bapa tunggal serta orang kelainan upaya (OKU) yang miskin tegar di Bangunan TH di sini.

“Program Ehsan ini adalah satu dari program CSR TH bersempena bulan Ramadan yang bertujuan membantu golongan fakir miskin di seluruh negara dan merupakan platform terbaik buat TH mendekati para penerima selain mengeratkan lagi ikatan silaturahim dengan komuniti setempat,” katanya.

Beliau berkata TH juga turut melaksanakan Program Ziarah Kasih Ramadan yang dikendalikan Yayasan TH di 50 lokasi seluruh negara sempena bulan Ramadan tahun ini.


“Program ini menunjukkan keprihatinan TH terhadap keperluan masyarakat Islam setempat khususnya golongan asnaf,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Zakat

Kategori