Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Dakwaan Tular Econsave Lahad...

LAHAD DATU - Pasaraya Econsave Lahad Datu menafikan penularan dakwaaan terdapat kanak-kanak lelaki...

Instagram Gadis Mirip Rosmah...

SEORANG gadis berusia 18 tahun yang dipercayai warga Poland tiba-tiba menjadi perbualan hangat...

Video Ini “Special” Untuk...

TAK dinafikan mesti ada di kalangan rakan-rakan kita rakyat Malaysia yang berfikiran seperti...

Kedai Dicemuh Lempang Staf...

SEBUAH kedai nasi ayam popular di Melaka, Ee Ji Ban Chicken Rice Ball...

Lembu Suci: Lembu Di India Dapat ‘Identiti Unik’

NEW DELHI – Sebuah kartun, memaparkan dua lelaki lemah diikat pada kayu gandar dan dipasang ke sesuatu yang kelihatan seperti kereta lembu, telah dikongsi dan menular dalam media sosial.

Sementara seorang lagi lelaki sihat memegang cemeti di tempat duduk pemandu kereta lembu manakala lembu pula duduk dengan angkuh sebagai penumpang.

Imej itu menggambarkan keadaan semasa politik lembu di India dengan agak baik.

Lembu di India telah menjadi lebih daripada haiwan suci; ia kini sangat mempengaruhi politik negara ini.

Negeri-negeri yang diperintah oleh nasionalis Hindu, Bharatiya Janata Party (BJP) kini sering menjadi bahan berita berhubung keganasan oleh golongan “pelindung lembu” terhadap orang yang mengangkut haiwan itu. Malah, jual beli lembu kini menjadi perniagaan yang membahaya kepada kalangan masyarakat luar bandar di negara ini.

Ramai ahli politik dan pelbagai kumpulan bersaing untuk menjelaskan kepada umum mengenai kesucian lembu dan pelbagai isu yang mengancam sesiapa sahaja yang tidak sehaluan versi mereka mengenai kesucian haiwan itu.

Lembu, seperti juga ikan dan ayam itik, boleh menjadi sebahagian daripada rantaian makanan di seluruh dunia, tetapi usahlah anda terfikir sedemikian sekiranya berada di India. Kesucian lembu bukanlah sesuatu yang baharu di negara dengan 1.3 bilion penduduk itu, tetapi retorik dan politik berhubung isu itu telah mencapai ke suatu tahap yang baharu.

Mungkin kedengarannya seperti sukar dipercayai, tetapi kerajaan India akan mengeluarkan berjuta-juta nombor “identiti unik” kepada lembu, sama seperti kad pengenalan berasaskan biometrik untuk manusia yang dikeluarkan oleh Unique Identification Authority, India.

Lembu Suci: Lembu Di India Dapat 'Identiti Unik'

Kerajaan Persekutuan akan meluluskan tag pengenalan kalis rosak untuk lembu yang mana akan digunakan untuk mengesan keberadaan haiwan itu dan untuk kemudahan perkhidmatan veterinar.

Ia akan mempunyai angka 12-digit, termasuk butir-butir seperti usia, baka, warna, ketinggian, jenis tanduk, ekor dan tanda-tanda khas haiwan setiap lembu serta “keturunannya”, lapor sebuah akhbar tempatan.

Maklumat itu diberikan oleh peguam cara umum negara Ranjit Kumar kepada Mahkamah Agung ketika sesi perbicaraan satu kes penyeludupan lembu.

Satu laporan yang dikemukakan kepada mahkamah menyatakan bahawa “setiap lembu dan keturunannya di seluruh India perlu mendapatkan Nombor Pengenalan Unik untuk tujuan pengesanan”.

“Ini sebenarnya satu langkah regresif dan tidak sesuai dengan matlamat perlembagaan seperti yang dimaksudkan oleh para pengasas Perlembagaan India,” kata S. Sethu Mahendran, seorang peguam di Mahkamah Agung.

“Terlalu banyak kepentingan yang diberikan kepada lembu. Jika perhatian yang sama diberikan dalam menangani masalah kemiskinan, rasuah dan ketidaksamaan, kehidupan rakyat akan bertambah baik dengan ketara,” katanya kepada Bernama.

Insiden keganasan berkaitan lembu kerap berlaku di seluruh negara.

Fokus politik terhadap lembu telah menyebabkan berlakunya polarisasi perkauman dan keganasan terhadap umat Islam serta golongan Dalit, yang menjadi sasaran kumpulan yang “melindungi lembu”.

“Beribu-ribu kanak-kanak dan wanita diperdagangkan setiap tahun di negara ini, tetapi kita sibuk dengan skim untuk lembu,” kata Kavita Krishnan, aktivis hak wanita.


“Politik lembu telah mewujudkan polarisasi perkauman dan suasana yang menjadi penyebab keganasan terhadap golongan minoriti,” katanya kepada Bernama.

Baru-baru ini negeri Gujarat mencadangkan penjara seumur hidup untuk seseorang yang didapati menyembelih lembu, manakala Ketua Menteri Chhattisgarh, Raman Singh berkata sesiapa yang didapati membunuh lembu di negeri itu akan digantung.

“Tidak satu pun kejadian penyembelihan lembu berlaku dalam tempoh 15 tahun lepas. Sesiapa yang berbuat demikian akan digantung,” Singh dipetik sebagai berkata dalam media.

Uttar Pradesh, negeri paling ramai penduduk di India yang diperintah oleh BJP, menyaksikan beberapa siri serangan ke atas kedai daging.

Ketua Menteri Gujarat Vijay Rupani berkata beliau berusaha untuk menjadikan negerinya “vegetarian”, tetapi menegaskan beliau tidak menentang mereka yang makan makanan bukan sayur-sayuran.

“Amalan mengkategorikan seseorang berdasarkan tabiat makan dan menentukan sifat-sifat tertentu berkaitan seseorang itu, mempunyai sejarah yang lama tanpa boleh campurtangan mahupun penstrataan sosial (di India),” kata Mahendran Sethu.

Berhubung aspek perlindungan lembu, keutamaan Gujarat adalah untuk lembu jenis asli Gir dan Kankrej tetapi bukan lembu Jersey.

Lembu Suci: Lembu Di India Dapat 'Identiti Unik'

Laporan keganasan dan retorik politik boleh memberi gambaran bahawa lembu disembelih dalam perdagangan daging di negeri-negeri berkenaan. Ini amat mengelirukan kerana apa yang dijual di India dan dieksport di atas nama “daging lembu” adalah daging kerbau.

Penyembelihan lembu sudah diharamkan di kebanyakan daripada 29 negeri di India, terutama di mana masyarakatnya berbahasa Hindi. Perdagangan lembu boleh mengundang keganasan dan polis selalunya tidak mampu berbuat apa-apa apabila tercetus rusuhan.

Di Rajasthan, seorang petani tenusu dibunuh manakala rakan-rakannya diserang ketika mengangkut lembu dari pasar lembu baru-baru ini. Sementara itu, di Assam pula, dua orang dihukum bunuh pada hari Ahad kerana disyaki mencuri lembu.

Pelancong pastinya akan terserempak dengan lembu-lembu yang berkeliaran di jalan raya di bandar-bandar India, tetapi memandu di India memang berbahaya pada hari ini.

Seorang pemandu lori pikap di Bihar telah ‘dibutakan’ akibat membunyikan hon untuk menghalau lembu-lembu yang berkeliaran di lebuh raya.

Ketika pemandu itu membunyikan hon, lembu panik dan melarikan diri justeru menaikkan kemarahan pemilik lembu, yang terus membelasah pemandu berkenaan dengan sebatang kayu.

Bagaimanapun, tidak semua berita tentang lembu hanya mendatangkan kesedihan. Jurutera India telah membangunkan satu sistem amaran automatik dengan ciri-ciri audio-visual untuk mengelakkan kemalangan lembu dengan kereta. – BERNAMA

Kategori