Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

PU Faiz Didakwa Cederakan...

PETALING JAYA - Naib juara program Pencetus Ummah musim kedua, Ahmad Faiz Hafizuddin...

2 Sekolah Diberi ‘Memo’,...

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan (KPM) memberi peringatan tegas kepada pentadbir dua sekolah kerana...

23 Anggota Macau Scam...

KUALA LUMPUR - Polis menahan sekumpulan lelaki warganegara China yang dipercayai sedang menjalankan...

Nakhoda, Kru Disyaki Ambil...

SHAH ALAM - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 4 Klang menahan sembilan...

Les’Copaque, KUIN & MAiREKA Kembang Industri Animasi

ALOR SETAR – Pengeluar siri animasi popular Upin Ipin, Les’Copaque Production, hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dan Majlis Kreatif Negeri Kedah (MAiREKA) bagi membantu mengembangkan industri animasi di negeri ini.

Les’ Copaque diwakili Pengarah Urusannya Burhanuddin Md Radzi, KUIN diwakili Rektornya Datuk Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti manakala MAiREKA diwakili Ketua Eksekutif Rizal Rejab.

Majlis itu disaksikan Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi serta Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia, Malaysia dan Thailand (IMT-GT) Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail.

Ku Abd Rahman berkata melalui Mou ini, para penuntut jurusan Teknologi dan Media Kreatif di KUIN dapat mempelajari teknik dan teknologi yang digunakan Les’Copaque dalam meningkatkan seni penghasilan animasi.

“Kita ingin memberi pendedahan kepada anak muda Kedah mengenai industri seni animasi dengan harapan mereka boleh membantu membesarkan saiz industri animasi kelak kerana Malaysia masih kurang menghasilkannya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Industri animasi yang merangkumi perfileman dan permainan video masih berada pada skala kecil di Malaysia dan ia boleh dikembangkan lagi sekiranya ilmu dalam bidang ini dapat didalami, katanya.


Sementara itu, Burhanuddin berkata Les’Copaque akan membantu KUIN dari segi sistem pembelajaran dengan mengguna pakai kemahiran dan teknologi mereka.

“…kita ingin bantu pelajar (menerusi) kelas animasi. Banyak ilmu yang ingin dikongsikan bagi memantapkan lagi industri animasi negara. Selain itu, kita juga mahi berkongsi ilmu kepada mereka yang berminat menghasilkan animasi,” katanya.

Terdahulu, lebih 260 peserta menyertai Kursus Biz-Workshop Industri Animasi dengan para peserta diberi pendedahan mengenai animasi. – BERNAMA

Kategori