Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Parti Amanah Nafi Tolak...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) menafikan parti itu menolak undang-undang hudud...

Sistem Awas & kejara...

KUALA LUMPUR - Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) dan Sistem Pemberian Mata Demerit...

Tinggalkan Bayi Dalam ‘Baby...

BUKIT MERTAJAM - 'Baby hatch' atau peti pelindung bayi, tempat bagi ibu yang...

PAS Tak Berminat Kerusi...

KUALA LUMPUR - PAS tidak berminat 'merampas' kerusi Parlimen Permatang Pauh daripada PKR...

Letupan Bom: Polis Indonesia Tahan 3 Suspek

JAKARTA – Tiga lagi suspek ditahan polis Indonesia berhubung kait kejadian letupan bom berkembar pengebom berani mati di Jakarta minggu lepas yang mengorbankan tiga anggota polis dan mencederakan 12 lagi anggota serta orang awam, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Menurut jurucakap Polis Jawa Tengah, Djarod Padakova, seorang daripada suspek lelaki itu dikenal pasti sebagai Wahyudi, ditahan pada Isnin di daerah Sukoharjo Jawa Barat manakala seorang lagi ditahan beberapa jam kemudian di daerah Karanganyar.

Jurucakap polis kebangsaan, Setyo Wasisto pula berkata suspek ketiga ditahan sehari lebih awal di Cibubur dekat Jakarta.

Setakat ini, seramai enam suspek telah ditahan berhubung kait insiden pengeboman pada 24 Mei di stesen bas di timur Jakarta.

Penyerang dikenali Ichwan Nurul Salam dan Ahmad Sukri masing-masing berusia 31 tahun turut terkorban.


Salam menetap di kota Bandung di wilayah Jawa Barat sementara Skri seorang tukang jahit di bandar Garut. – BERNAMA

Kategori