Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Muhyiddin Dengar Taklimat KSU...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengadakan pertemuan dengan...

Cemas Selamatkan Kanak-Kanak Tertusuk...

SEKUMPULAN doktor dan bomba terpaksa bekerjasama bagi menyelamatkan nyawa seorang kanak-kanak yang tertusuk...

Rombakan Kabinet, Jokowi Lantik...

JAKARTA - Presiden Indonesia, Joko Widodo mengumumkan rombakan kecil kabinet pada Rabu, termasuk...

Teliti Kandungan, Ketulenan Pemacu...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan meneliti isi kandungan pemacu pena...

Letupan Di Pasar Raya Di Pattani, 30 Dikhuatiri Cedera

BANGKOK – Sekurang-kurangnya 30 orang cedera apabila dua bom meletup serentak di sebuah pasar raya yang sibuk di Muang di wilayah Pattani, selatan Thailand, kira-kira pukul 2 petang ini waktu tempatan (3 petang waktu Malaysia).

Menurut laporan awal daripada pihak keselamatan, satu daripada bom buatan sendiri meletup di dalam pasar raya yang penuh dengan pelanggan ketika kejadian, manakala satu lagi bom yang disembunyikan dalam sebuah kereta diletupkan di tempat letak kereta.

“Ramai yang cedera tetapi tiada yang terkorban dalam kejadian itu,” kata jurucakap Markas Operasi Keselamatan Dalam Negeri Thailand (ISOC), Kol Pramote Prom-in yang mengesahkan insiden tersebut ketika dihubungi di sini hari ini.

Ketua Tentera Darat Wilayah 4, Lt Jen Piyawat Nakwanich dan pegawai keselamatan yang lain telah dikejarkan ke lokasi kejadian yang telahpun ditutup untuk membolehkan siasatan dilakukan.


Pasukan penyelamat tempatan juga dikejarkan ke lokasi dan membawa mangsa ke hospital untuk menerima rawatan.

Setakat ini, tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab atas insiden letupan itu yang merupakan pengeboman terbaharu di wilayah bergolak tersebut. – BERNAMA

Kategori