Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Pembinaan Pan Borneo Di...

KOTA KINABALU : Sebanyak 15 pakej pembinaan lebuh raya Pan Borneo di Sabah...

Tembakan Sekolah: 8 Pelajar...

DENVER - Sekurang-kurangnya lapan pelajar dilaporkan cedera dalam kejadian tembakan rambang di sebuah...

Hospital Sultanah Aminah 2...

ISKANDAR PUTERI: Hospital Sultanah Aminah 2 (HSA2) akan mula dibina pada 2024, jika...

PKR Mahu Kerjasama Dengan...

KUALA LUMPUR - Kenyataan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali mengenai kerjasama dengan...

LHDN Tarik Balik Kes Terhadap Nelydia Senrose

SHAH ALAM – Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan permohonan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menarik balik kes terhadap pelakon, Nelydia Senrose yang didakwa gagal mengemukakan borang cukai pendapatan.

Majistret P. Sarulatha memutuskan perkara itu selepas peguam LHDN, Nurulsheeda Mohd Yahaya memaklumkan bahawa pelakon itu atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 23, telah pun membuat pembayaran cukai pendapatan.

Sarulatha turut membenarkan permohonan LHDN untuk membatalkan waran tangkap yang dikeluarkan ke atas Nelydia pada 12 April lepas kerana gagal hadir ke mahkamah.

Pelakon itu yang mula dikenali menerusi drama ‘Setia Hujung Nyawa’ bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah hari ini.

LHDN dalam satu kenyataan sebelum ini, berkata, Nelydia menghadapi lima pertuduhan gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 78(a) Akta Cukai Pendapatan 1967, yang mengkehendaki beliau mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) bagi lima tahun taksiran iaitu bagi tahun 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013.


Selain itu, pelakon itu turut menghadapi satu lagi pertuduhan lain iaitu gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 81 Akta Cukai Pendapatan 1967, bagi mengemukakan maklumat secara lisan kepada LHDN.

Jika sabit kesalahan, Nelydia boleh dihukum mengikut Seksyen 120(1)(a) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM200 dan tidak lebih daripada RM20,000 atau boleh dihukum penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya sekali. – BERNAMA

Kategori