Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

`Drama Cinta’ Lelaki Sanggup...

"TOLONG jangan tinggalkan aku, aku merayu pada kau!" demikian rintihan dan rayuan seorang...

Suami Isteri Dipenjara, Bunuh...

PASANGAN suami isteri yang berasal dari Pakistan, Asadullah Khan, 51, dan Shazia, 41,...

GEMPAR! Bintang Badminton Positif...

Sukan badminton Malaysia dikejutkan semalam dengan berita seorang pemain utama badminton negara gagal...

Pokok Tumbang Di P.Pinang...

GEORGE TOWN - Hujan lebat berserta angin kencang melanda Pulau Pinang malam ini...

Liga Perdana: Negeri Sembilan Kekalkan Rekod Tanpa Kalah

KUALA LUMPUR – Pasukan Negeri Sembilan mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Perdana selepas 12 perlawanan, apabila bangkit daripada ketinggalan untuk seri 1-1 menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam tadi.

Turun selaku pasukan pelawat di gelanggang sendiri, Negeri Sembilan ketinggalan 0-1 apabila pemain berpengalaman ATM, Venice Elphi menjaringkan gol sejurus babak kedua bermula, namun jaringan pemain kelahiran Britain, Lee Andrew Tuck pada minit ke-83, berjaya menyamakan kedudukan sekali gus mengekalkan kedudukan skuad Rusa di persada liga.

Negeri Sembilan berada di puncak carta dengan 28 mata daripada 12 perlawanan, diikuti oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC (25 mata) dan Terengganu dengan 24 mata di kedudukan ketiga.

PKNP FC berjaya memintas Terengganu untuk melonjak ke tempat kedua selepas menewaskan MISC-MIFA 3-1 di Stadium Perak, Ipoh.

Pemain import dari Brazil, Gilberto Valdenesio menjadi wira pasukan apabila menjaringkan dua gol pada minit keempat dan 54, sebelum Deevan Raj Siva Balan menambah jaringan pada minit ke-82, manakala MISC-MIFA memperoleh gol sagu hati menerusi pemain import dari Cameroon, Bodric Dimitri yang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-72.

Di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah berjaya memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri untuk mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas Terengganu.

Terengganu terlebih dahulu membuka jaringan menerusi J. Partiban pada minit ke-62, namun gagal mempertahankan kedudukan itu apabila Sabah bangkit menerusi jaringan Hamran Peter pada minit ke-82 dan pemain import dari Jepun, Masaya Jitzono pada minit ke-90.

Sementara itu, Kuala Lumpur berpesta gol ke atas pasukan Perlis dengan kemenangan 5-0 di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar, untuk menambah derita skuad Singa Utara, yang sebelum ini dipotong enam mata.

Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) pada Rabu lepas, mengambil tindakan pemotongan enam mata terhadap Perlis dan ATM kerana gagal menyelesaikan tunggakan gaji pemain masing-masing.


Pada aksi petang ini, pemain import dari Brazil, Guilherme de Paula Lucrecio muncul wira pasukan Kuala Lumpur apabila menjaringkan hatrik pada minit ke-78, 81 dan 89.

Terdahulu skuad ‘The City Boys’ membuka jaringan pada minit ke-41 menerusi Muhd Hafiz Mohd Johar, sebelum Ibrahim Syahul melengkapkan kemenangan bergaya pasukan Kuala Lumpur melalui jaringan pada masa kecederaan separuh masa kedua.

Di Stadium UiTM, Shah Alam, pasukan UiTM FC mencatat kemenangan 4-3 ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Empat gol skuad UiTM dijaringkan pemain import dari Korea Selatan, Do Dong-Hyun pada minit keempat dan 52, Muhammad Izman Solehin Rohadi (8′) dan pemain import dari Nigeria, Akanni Sunday (60′), manakala gol PDRM dijaringkan pemain import dari Ivory Coast, Dao Bakary (45′) dan pemain import dari Singapura Muhammad Safuwan Baharudin (50′ dan 65′).

Di selatan tanah air, pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) II menewaskan Kuantan FA 3-1 di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Tiga gol skuad Harimau Selatan dijaringkan Md Rozaimi Abd Rahman pada minit ke-18, Syarul Azwari Ibrahim (38′) dan Shahwan Sharudin (90′), manakala pemain import dari Serbia, Ljubo Baranin menjaringkan gol tunggal pasukan pelawat pada minit ke-81. – BERNAMA

Kategori