Monday, January 6, 2025

Creating liberating content

Isu Survival Graduan Melayu...

KUALA LUMPUR - Persidangan Kepimpinan Mahasiswa Nasional 2014 (PEMANAS 2014), yang bermula Khamis...

Kelantan Rombak Benteng Pertahanan...

KOTA BHARU - Kelantan akan melakukan rombakan terhadap benteng pertahanannya bertemu Perak dalam...

Bakat Baharu Sertai AJL...

NAMPAKNYA Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32) menjadi bualan hangat beberapa hari ini apabila...

Pembantu Rumah Didera Bekerja...

BUKIT MERTAJAM - Pembantu rumah warga Indonesia yang mati dipercayai akibat didera majikannya...

“Logo Itu Bukan Ciptaan Saya” – Dalih Rafizi

EKORAN teruk disindir ramai netizen, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli cuba berdalih dengan mengatakan tiga logo yang dicadangkan untuk digunakan Pakatan Harapan bukan direka olehnya.

Sebaliknya, Ahli Parlimen Pandan itu mendakwa konon salah satu daripada logo tersebut direka oleh pihak Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), manakala dua lagi telah berjaya dihasilkan sendiri oleh PKR.

“Ada di antara kami yang mahu diberi (tambahan) masa dan ‘dicuba’ melalui netizen, namun saya sambut baik netizen kerana (memberi komen) jujur.

“Saya tak tahu reaksi pimpinan lain, sama ada mereka teruskan juga (cadangan logo itu) atau memikirkannya terlebih dahulu. Saya tak tahu,” kataya dipetik Malaysiakini.

Logo PH Macam Tiru Taman Tema, Cap Kacang Tanah?

Baca: Logo PH Macam Tiru Taman Tema, Cap Kacang Tanah?

Bagaimanapun penjelasan diberikan Rafizi itu ternyata cuba ‘melarikan diri’ daripada menjawab kutukan ramai netizen yang mempersoalkan logo tersebut sebagai amat buruk berbanding jangkaan tinggi pelbagai pihak.

Semalam, Rafizi menerusi laman Facebooknya memuat naik tiga contoh logo Pakatan Harapan yang dijangka diguna pakai oleh gabungan parti pembangkang itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.


Bagaimanapun, ketiga-tiga rekaan yang telah disenarai pendek oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang kebanyakan nyat tidak bersetuju, malah memberi sindiran tajam.

Rata-ratanya berpendapat ia langsung tidak menepati cita rasa semasa anak muda dan tiada nilai artistik dek kerana reka bentuknya yang terlalu ringkas. – MYNEWSHUB.CC

*Video di bawah sekadar hiasan…

Kategori