Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kes Zika Belum Ada...

PORT DICKSON - Belum ada lagi impak kes Zika pada industri pelancongan negara...

Mampukah Kerajaan Memerangi Covid-19...

DARI FB NAJIB RAZAKKP KKM beri amaran bahawa kes aktif Covid naik semula...

Bajet 2023: RM500 Inisiatif...

PETALING JAYA – Sebanyak RM500 Inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia: Bantuan tunai one-off...

Apa Nak Jadi Dengan...

Oleh: Prof Dr Mohd Ridhuan Tee AbdullahSAYA tidaklah rapat dengan Tun Mahathir. Tetapi...

LTSAS Ditutup Kerana Berlaku Tanah Mendap

IPOH – Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) terpaksa ditutup selama 24 jam kerana disyaki berlaku tanah mendap di landasan sejak petang semalam.

Menurut pengendalinya, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) hari ini, bagi memastikan keselamatan operasi penerbangan, landasan itu ditutup bermula 6.40 petang semalam.

“Semasa pemeriksaan, kami mengesan terdapat kecemasan di landasan disebabkan oleh tanah mendap itu. Pasukan teknikal kami segera dikerahkan ke lokasi untuk penilaian awal.

“Semua syarikat penerbangan telah dimaklumkan mengenai penutupan ini dan sebanyak 12 penerbangan daripada Malindo Air, Tigerair dan Firefly akan terjejas,” kata MAHB dalam kenyataan menerusi laman Twitter.

Justeru, pihak MAHB menasihatkan penumpang supaya menyemak jadual penerbangan mereka dengan syarikat penerbangan masing-masing.


“Kami kesal atas sebarang kesulitan yang timbul dan maklumat lanjut akan diberikan sebaik sahaja penilaian penuh dilakukan dan kerja-kerja pembaikan selesai,” tambahnya. – BERNAMA

Kategori