Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Waspada ‘Perang Psiko’ PPBM...

KUALA LUMPUR - Dakwaan seramai 40 Ahli Parlimen UMNO akan menyertai Parti Pribumi...

18 Pendaki Terkandas Di...

GURUN - Seramai 18 pendaki yang terkandas di Gunung Jerai dekat sini semalam...

Wanita Bunuh Kekasih, Belah...

Seorang gadis dihukum mati kerana membunuh kekasihnya dengan membelah dada lelaki itu selepas...

PH Batal Projek Untuk...

KESAL... Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bidas tindakan Pakatan Harapan (PH) memberhentikan...

Madrid Maersk Berlabuh Di Tanjung Pelepas

KUALA LUMPUR – Madrid Maersk, kapal kelas Triple-E milik Maersk Line, syarikat perkapalan kontena terbesar dunia, berlabuh buat pertama kalinya di Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd (PTP) berkata kapal kontena yang berkeupayaan membawa 20,568 unit bersamaan 20 kaki (TEU) itu berlabuh di pelabuhan tersebut pada 16 Mei, 2017, dalam pelayaran sulung bagi laluan Asia – Eropah (AE 2).

“Kapal berkenaan yang sebelum ini berlabuh di Yantian, China, dijadualkan singgah di pelabuhan berikutnya, Algeciras, Sepanyol,” katanya.

Pengerusi PTP Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh berkata pelabuhan berkeupayaan menerima kapal mega kerana mempunyai peralatan dan kemudahan yang sesuai.

“Pelabuhan direka bentuk untuk menerima kapal kontena generasi terkini dan mampu mengendalikan jumlah muatan yang besar.


“Pelaburan strategik dalam peralatan dan kemudahan kami berterusan secara beransur-ansur.

“Program pengembangan dan menaik taraf peralatan kami akan memastikan PTP mampu mengikuti perubahan pesat dalam industri pelabuhan dan perkapalan, dan seterusnya memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada pelanggan kami, “katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Kapal

Kategori