Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

PAS Tidak Perlukan Pakatan...

KUALA LUMPUR - Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki membayangkan...

VIDEO: Adik Ni Kata,...

MUSIM persekolahan yang baru bermula menyaksikan ramai ibu bapa memuatnaik gambar dan video gelagat...

Perak Cadang MAHB Sedia...

IPOH - Kerajaan negeri Perak mencadangkan supaya Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) menyediakan...

Uber: Kerajaan Tidak Tertekan...

PETALING JAYA - Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata...

MAINPP Jalankan Siasatan Dalaman Kes Rasuah ZPP

GEORGE TOWN – Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) akan menjalankan siasatan dalaman berhubung kes penahanan empat pegawai agensi itu termasuk pegawai kanan Pusat Zakat Pulau Pinang (ZPP) oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Abul Kasim berkata siasatan dalaman itu bagi mengenal pasti sama ada berlaku penyelewengan atau rasuah dalam ZPP.

“Ahli Lembaga ZPP juga akan mengadakan mesyuarat esok bagi melihat kembali soal pentadbiran dalam agensi itu ekoran penahanan SPRM semalam dan mereka juga bertemu kakitangan supaya perjalananan ZPP lancar dan tidak tergugat.

“ZPP juga memberi jaminan tidak ada wang zakat yang disumbangkan umat Islam di negeri ini diselewengkan ekoran penahanan empat pegawai agensi itu,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir, Yang Dipertua MAINPP, Datuk Mohd Salleh Man; Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor dan barisan Ahli Lembaga Pengarah ZPP.

Semalam, SPRM menahan 11 individu termasuk pegawai kanan ZPP berusia 50 tahun serta tiga pegawai agensi itu bagi membantu siasatan kes penyelewengan wang zakat yang diperuntukkan bagi projek pembangunan masyarakat sejak tiga tahun lalu.

Turut ditahan tujuh kontraktor berusia antara 41 dan 52 tahun dan kesemua mereka direman selama seminggu sehingga 15 Mei ini.


Abdul Malik berkata juruaudit bebas pernah dipanggil untuk membuat pemeriksaan ke atas ZPP pada 2015 berikutan wujud laporan terhadap proses tender bagi urusan pembelian di bawah agensi berkenaan tetapi tidak menemukan sebarang unsur penyelewengan dalam pemeriksaan.

Ketika ditanya mengenai kedudukan pegawai-pegawai ZPP, beliau menjelaskan setakat ini pihaknya tidak boleh mengambil sebarang tindakan sehingga siasatan SPRM selesai.

“Tetapi sekiranya kakitangan ZPP itu didakwa agensi berkenaan mempunyai mekanisme sendiri untuk membuat keputusan termasuk mengambil tindakan terhadap mereka,” katanya.

Sementara itu, Mohd Salleh yang juga Pengerusi ZPP berkata pihaknya memberi jaminan kepada orang ramai khususnya masyarakat Islam di negeri ini agar tidak bimbang berhubung kes tersebut kerana MAINPP akan berusaha mengambil langkah-langkah tertentu bagi meningkatkan ketelusan dan urus tadbir baik di semua peringkat pengurusan ZPP.

“MAINPP sebagai sebuah institusi agama akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam aktiviti rasuah dan tidak teragak-agak untuk memecat mereka,” katanya. – BERNAMA

Kategori