Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Comel! ‘Biskut Alien Viral’...

MENJELANG musim perayaan yang bakal tiba tidak lama lagi, orang ramai pasti sudah...

Peluang Sertai Pasukan Tentera...

KUALA LUMPUR - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan mengadakan pemilihan untuk mengambil...

Terlanggar Lembu Melintas, 2...

KUANTAN - Dua beradik maut setelah kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terbabas...

Isu Kasino: Peguam Kesal...

Peguam bela kepada Badrul Hisham Shaharin, Muhammad Rafique Rashid Ali mendesak kerajaan supaya...

Majoriti Bekas Tentera AS Alami Gangguan Mental

WASHINGTON – Majoriti tentera Amerika Syarikat (AS) yang dipecat kerana salah laku dalam tempoh empat tahun sehingga 2015, didapati mengalami masalah kesihatan mental seperti gangguan tekanan selepas trauma atau kecederaan otak, menurut satu kajian terbaharu.

Laporan oleh Pejabat Akauntabiliti Kerajaan (GAO) AS berkemungkinan meneliti sama ada tentera bertindak secukupnya menjaga anggotanya yang dikenal pasti mengalami masalah mental sepanjang perkhidmatan mereka berbanding hanya memecat mereka.

Analisis GAO menunjukkan 62 peratus daripada 91, 764 anggota dipecat kerana salah laku pada tahun fiskal 2011 hingga 2015, didapati mengalami masalah kesihatan mental termasuk keadaan lain yang ada kaitan dengan salah laku, dalam masa dua tahun.

Sebanyak 23 peratus anggota dipecat dengan rekod buruk, menjadikan mereka tidak layak mendapat faedah kesihatan daripada Jabatan Hal Ehwal Veteran.

Kumpulan sokongan veteran sudah lama merungut mengenai kekurangan sokongan bagi bekas anggota tentera yang tidak memiliki dokumen pemecatan secara baik, sesuatu yang diumumkan untuk dikenal pasti oleh Setiausaha baharu jabatan itu, David Shulkin. – Reuters

Kategori