Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

40 Penyelam Terlibat Bawa...

SERAMAI 40 penyelam dari empat agensi memulakan penyelaman hari ini untuk memasang kabel...

Bimbang Kekasih “Miss Flight”...

SEORANG lelaki di Perancis sanggup membuat panggilan palsu menyatakan ada bom di dalam...

Pemuda UMNO Sedia Galas...

KUALA LUMPUR - Pergerakan Pemuda UMNO bersedia menggalas tugas dan memikul amanah dalam...

Pakar Forensik Siasat Keaslian...

PIHAK polis dilaporkan sudah pun menghantar klip video seks yang didakwa mirip dengan...

Makmal Proses Dadah RM2.2 Juta Dibongkar

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang membongkar sebuah makmal memproses dadah dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM2.2 juta dalam serbuan pada Isnin dan Selasa lepas

Dalam operasi itu, polis turut menahan tiga individu termasuk sepasang kekasih dan merampas wang tunai serta pelbagai barang berharga termasuk enam kereta bernilai RM1.069 juta.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Chuah Ghee Lye berkata hasil risikan dan intipan sejak sebulan lepas, polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 52 tahun di tempat letak kenderaan sebuah kondominium di Solok Tanjung Bungah, di sini kira-kira 9.15 malam Isnin.

“Susulan penahanan itu, polis membuat pemeriksaan di sebuah rumah di kawasan Lebuh Sungai Pinang, di sini dan berjaya membongkar sebuah makmal memproses dadah dan merampas pelbagai jenis dadah serta peralatan memproses dadah.

“Antara dadah yang dirampas ialah heroin 2.640 kilogram, syabu (1.825 kilogram) dan serbuk ephedrine (101.4 kilogram), serta bahan untuk menghasilkan dadah iaitu sodium (10.25 kilogram), soda (1.8 kilogram), cecair syabu (5.2 liter), klorofom (satu liter), asid (29.5 liter) dan ethanol (13.8 liter). Kesemuanya bernilai RM1.9 juta,” katanya, di sini hari ini.

Chuah berkata polis turut merampas wang tunai RM255,000, rantai dan loket berlian, empat beg tangan serta dua jam tangan berjenama dan tiga kenderaan di rumah sewa lelaki yang tidak bekerja itu. Kesemuanya bernilai RM626,000.


Beliau berkata ekoran penahanan lelaki itu, polis menyerbu sebuah rumah di Taman Bagan, Butterworth dekat sini pada 1.15 tengah hari Selasa dan menahan sepasang kekasih berusia 46 dan 28 tahun serta merampas serbuk kafein seberat 125 kilogram dan syabu 3.35 kilogram bernilai RM294,500.

Polis turut merampas wang tunai RM73,050, dua kereta Mercedez Benz serta sebuah kereta Perodua Alza di rumah sewa pasangan kekasih terbabit yang kesemuanya bernilai RM443,000, katanya.

“Berdasarkan siasatan, mereka merupakan anggota sindiket memproses dan mengedar dadah sejak empat bulan lepas di sekitar negeri ini. Siasatan juga mendapati lelaki pertama yang ditahan itu mempunyai kepakaran memasak dadah.

“Seorang lagi lelaki adalah pemilik sebuah kedai menjual bahan kimia di Butterworth dan dipercayai menjualnya kepada sindiket terbabit manakala teman wanitanya adalah pekerja kedai itu. Tiga individu terbabit direman hingga 15 Mei ini bagi membantu siasatan,” katanya. – BERNAMA

Kategori