Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Tun M Yakin Pak...

PUTRAJAYA - Tun Dr Mahathir Mohammad yakin penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi mampu...

Polis Siasat Jika Perak...

IPOH - Polis sedang menyiasat sama ada Perak dijadikan laluan masuk atau transit...

Agong Berangkat Hadiri Mesyuarat...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini berangkat menghadiri...

Agensi Pengurusan Bencana Negara...

KUALA LUMPUR - Agensi Pengurusan Bencana Negara (APBN) kini bersiap siaga sepenuhnya bagi...

Jangka Jana RM1 Bilion Daripada Astana EXPO 2017

PUTRAJAYA – Penyertaan Malaysia dalam Astana EXPO 2017, yang akan diadakan dari 10 Jun hingga 10 Sept di Kazakhstan, dijangka menjana pelaburan dan perdagangan bernilai RM1.0 bilion, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Beliau berkata Malaysia bersedia mempamerkan amalan terbaiknya, inovasi, penyelesaian, teknologi dan kekuatannya dalam tenaga hijau kepada dunia menerusi Pavilion Malaysia yang bertemakan “Powering Green Growth” (Memperkasakan Pertumbuhan Hijau).

“Kita akan mempamerkan yang terbaik di ekspo itu bagi menjadikan negara kita satu kebanggaan. Delegasi kita disokong oleh negara yang mempunyai pelan bagi masa depan hijau, pelan yang boleh dilaksanakan dan kami akan terus melaksanakan rancangan itu,” katanya pada sidang akhbar mengenai perkembangan terkini status Astana EXPO 2017, di sini, hari ini.

Pameran dikhususkan bagi antarabangsa itu yang bertemakan “Energy of the Future” (Tenaga bagi Masa Depan) bertujuan untuk menyediakan ruang bagi perbahasan global antara negara-negara, organisasi bukan kerajaan, syarikat dan orang awam berkaitan dengan impak pengurusan tenaga terhadap kehidupan manusia di planet bumi ini.

“Kita mempunyai peluang keemasan dalam tempoh empat bulan akan datang untuk membuktikan kepada dunia yang pertumbuhan hijau adalah dalam alam semulajadi kita, dan cara yang terbaik untuk mewujudkan masa depan hijau adalah di Malaysia,” kata Ongkili.

Kira-kira 100 peserta perniagaan daripada sektor awam dan swasta akan meneroka peluang perniagaan semasa sesi padanan perniagaan di Pavilion Malaysia yang termasuk sesi perkongsian maklumat yang mengetengahkan kekuatan Malaysia dalam pelbagai bidang tenaga, teknologi hijau dan ekonomi.

Beliau berkata Malaysia berhasrat untuk menggalakkan kerjasama dan perdagangan dalam tenaga hijau dengan Kazakhstan dan negara-negara lain semasa ekspo tersebut.


Ketika ini, perdagangan dua hala dan pelaburan antara Malaysia dan Kazakhstan bernilai kurang daripada RM100 juta.

“Malaysia juga membantu mengadakan dialog dan perbincangan mengenai tenaga masa depan menerusi forum tenaga bertajuk “Memanfaatkan Potensi Pasaran Tenaga ASEAN”,” katanya.

Pada taklimat itu, Ongkili turut memperkenalkan pelatih Green Growth Guru Malaysia, Jasmin Irisha dan Xiandi Ooi, pemenang peraduan media sosial Green Growth Guru, yang dijalankan untuk meningkatkan minat dan penyertaan dalam aktiviti Malaysia di ekspo itu.

Kedua-dua mereka akan menyertai delegasi Malaysia ke ekspo tersebut dengan misi berbincang dan memberi inspirasi kepada para peserta ke arah masa depan hijau.

Sementara itu, Ongkili juga menggalakkan rakyat Malaysia untuk memaparkan inspirasi Green Growth mereka di media sosial dengan hashtag #MyButterflyEffect, dan berpeluang memenangi perjalanan yang ditanggung semua ke ekspo tersebut. – BERNAMA

Kategori