STOCKHOLM – Manchester United menjuarai Liga Europa selepas menewaskan Ajax Amsterdam 2-0 pada aksi final, awal pagi ini.
Kejayaan itu sekali gus melayakkan United bertanding di pentas Liga Juara-Juara Eropah musim depan.
Aksi final di Friends Arena, Stockholm, Sweden itu dimulakan dengan upacara menghormati korban ledakan bom di Manchester beberapa hari lalu.
United membuka tirai jaringan seawal minit ke-18 menerusi Paul Pogba untuk mendahului kelab dari Belanda itu. Masuk babak kedua, United mengukuhkan kedudukan menerusi jaringan Henrikh Mkhitaryan pada minit ke-48.
Ajax mendapat peluang jaringan pada minit ke-70 apabila bola terkena tangan Mkhitaryan, namun tendangan percuma di luar kotak penalti oleh Hakim Ziyech terkena benteng pemain United.
Kemenangan itu juga adalah trofi ketiga United di bawah pengurusan Jose Mourinho musim ini.
Info Ajax (BELANDA 0 Manchester United (ENGLAND) 2 (Pogba m-18, Mkhitaryan m-48)
Senarai pemain
Ajax: Andre Onana; Joel Veltman, Davinson Sanchez, Matthijs De Ligt, Jairo Riedewald (Frenkie De Jong 81); Davy Klaassen (kapten), Lasse Schone (Donny Van de Beek 70), Hakim Ziyech; Bertrand Traore, Kasper Dolberg (David Neres 62), Amin Younes
Jurulatih: Peter Bosz
Manchester United: Sergio Romero; Antonio Valencia (kapten), Chris Smalling, Daley Blind, Matteo Darmian; Paul Pogba, Ander Herrera, Marouane Fellaini; Juan Mata (Wayne Rooney 90), Marcus Rashford (Anthony Martial 84), Henrikh Mkhitaryan (Jesse Lingard 74)
Jurulatih: Jose Mourinho – AFP