CINTA antara penyanyi sensasi antarabangsa, Mariah Carey dan bekas suaminya, pelakon Nick Cannon dikatakan kembali bertaut setelah mereka sering dilihat keluar bersama-sama.
Bekas pasangan suami isteri itu kali terakhir dilihat Selasa lalu sedang berbual dan bergurau senda di sebuah restoran dan kelihatan amat bahagia bersama.
Menurut seorang sumber yang rapat dengan pasangan tersebut kepada majalah Life&Style, Mariah dan Nick yang merupakan ibu bapa kepada sepasang kembar Moroccan dan Monroe, 6, itu, “Akan sentiasa sayang dan berada dalam hidup satu sama lain” meskipun telah sah bercerai pada tahun lalu.
Walaupun selepas bercerai, Mariah telah menjalinkan hubungan cinta dengan penari latarnya, Bryan Tanaka, malah pernah bertunang dengan bilionair Australia, James Packer, namun hatinya masih utuh pada Nick.
“Kedua-dua mereka berasakan bahawa mereka layak bersama satu sama lain. Mariah juga pernah berkata jika dia mahu kahwin lagi, dia tetap mahu Nick untuk menjadi suaminya,” kata sumber itu lagi.
Mariah dan Nick pula masih mempunyai hubungan yang baik demi anak-anak mereka.
Sementara itu Mariah pernah berkata bahawa dia benar-benar merasakan bahawa Nick sememangnya soulmate yang dinanti-nanti selama ini.
“Saya sering memberitahu rakan-rakan saya, ‘Kahwinlah, dapatkan anak cepat-cepat dan kamu akan sangat gembira!’ Namun, saya yang tiada pasangan hidup kerana terlalu sibuk bekerja.
“Kini saya sedar bahawa saya tidak boleh hidup tanpa keluarga saya. Penantian yang lama ini memang berbaloi sekali.”
Awww, so sweet. Kalau ada jodoh tak ke mana, tak gitu Kak Carey? – MYNEWSHUB.CC