WASHINGTON – Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg, menerima Ijazah Doktor Kehormat (Undang-Undang) daripada Universiti Harvard, iaitu kira-kira 13 tahun selepas beliau meninggalkan universiti terbabit.
Dalam ucapannya, Zuckerberg, 33, turut berkongsi pengalaman berkunjung ke bilik yang pernah didiaminya ketika di universiti berkenaan.
“Mak, saya sentiasa memberitahu mak yang saya akan kembali dan mendapatkan ijazah saya,” menurut keterangan pada gambar Zuckerberg dan ibu bapanya, yang dimuat naik di laman Facebook miliknya.
Facebook yang direka bentuk ketika Zuckerberg berada di universiti, kini menjadi antara firma teknologi terbesar di dunia, dengan dua bilion keahlian di seluruh dunia.
Menurut profil Facebooknya, Zuckerberg meninggalkan Universiti Harvard pada 2004. – AFP/BH ONLINE