Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Pasukan Petugas Khas Ditubuh...

KOTA KINABALU - Polis Sabah bakal menubuhkan pasukan petugas khas bagi memperhebatkan operasi...

Si Penjual Taufu Fa...

Walaupun cuma menjual taufu fa, namun seorang pemuda di Taiwan berjaya membikin ramai...

Lelaki Sepak Kejam Kemaluan...

JAKARTA - Ketika umat Islam bergembira merayakan Hari Raya Aidilfitri, nasib malang menimpa...

Peluang Golongan Muda Di...

KANGAR - Berikutan permintaan yang semakin meningkat terhadap produk pertanian bernilai tinggi, kerajaan...

Masyarakat Dayak Balik Kampung Sambutan Gawai

SIBU – Walaupun cuti sekolah belum bermula, masyarakat Dayak yang menyambut perayaan Hari Gawai pada 1 Jun ini sudah mula kembali ke kampung halaman masing-masing hari ini.

Tinjauan di Terminal Bot Ekspres Sibu pagi ini mendapati keadaan sibuk dengan orang ramai termasuk masyarakat Dayak yang bekerja di luar negeri ini, memunggah barang masing-masing dan menaiki bot ekspres untuk perjalanan ke Song dan Kapit.

Betty Ajak, 45, yang ditemui di terminal itu berkata dia dan keluarga serta sanak saudara seramai 15 orang tiba dari Johor pagi ini.

“Kami ingin pulang ke rumah panjang kami di Rumah Kendawang, Batang Rajang di bahagian Kapit,” katanya dan menambah berikutan perbelanjaan yang besar khususnya dari segi tambang pengangkutan, dia dan keluarga jarang balik ke kampung.

Pada sambutan Gawai inilah dia dan keluarga dapat pulang ke kampung untuk bertemu sanak saudara yang lama ditinggalkan.

Mejar (B) Moses Ripai pula berkata dia ke terminal itu untuk membeli tiket pulang ke Sungai Amang, Kapit yang menelan kos sebanyak RM600 untuk 10 anggota keluarganya bagi perjalanan dua hala.

Moses berharap projek Jalan Kanowi-Kapit dapat disiapkan secepat mungkin kerana perjalanan menggunakan jalan darat adalah jauh lebih murah.


“Bagi saya sekeluarga, kalau menggunakan dua buah kereta, belanja minyak untuk pergi dan balik adalah RM200. Saya boleh jimat RM400 yang boleh digunakan untuk membeli keperluan makan dan minum bagi perayaan ini,” katanya yang berasal dari Taman Permai di sini.

Tinjauan di terminal itu juga mendapati pihak pengendali bot ekspres akan mengadakan perjalanan bot ekspres tambahan mulai 27 hingga 31 Mei bagi menampung permintaan yang amat tinggi pada masa ini dan harga tiket yang dijual adalah RM5 lebih tinggi daripada harga biasa.

Tiket-tiket bagi perjalanan pada 26 hingga 30 Mei dilaporkan sudah habis ditempah.

Atas faktor keselamatan dan mengelakkan berlakunya terlebih muatan, mereka yang tidak mempunyai tiket tidak dibenarkan menaiki bot ekspres.

Jumlah mereka yang ingin balik ke kampung untuk menyambut perayaan Hari Gawai dijangka meningkat apabila cuti sekolah bermula pada 26 Mei ini. – BERNAMA

Kategori