DUGAAN bulan Ramadan buat penyanyi terkenal, Akim Ahmad yang baru-baru ini dilaporkan bengkak pada bahagian mata akibat disengat lebah atau penyengat.
Perkara itu dimaklumkan Akim yang turut memuat naik gambar keadaan mata kanannya yang bengkak, dua hari lalu.
Perkongsian itu lantas menarik perhatian peminatnya yang mendoakan agar penyanyi ‘Mewangi’ ini segera sembuh.
Difahamkan, Akim disengat haiwan serangga itu ketika sedang bercuti di kampung halaman isterinya, Ummu Shaikhah Stacy Anam di Penampang, Sabah.
Sementara itu, menerusi Instagram Stacy, penyanyi wanita itu memaklumkan mata suaminya kini semakin sembuh yang dirawat dengan menggunakan minyak batu. – MYNEWSHUB.CC