Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Nabil Ahmad Terbitkan Filem,...

PELAWAK dan pengacara, Nabil Ahmad memberitahu bahawa dia kini dalam proses menulis skrip...

Doktor Pelatih Terperangkap Jerat...

KUANTAN - Seorang doktor pelatih lelaki kerugian RM12,400 selepas terperangkap dalam penipuan sindiket...

Sultan Johor Gesa Kerajaan...

KUALA LUMPUR - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menggesa pemimpin negara segera...

Sipitang Berpotensi Jadi Satu...

SIPITANG - Sipitang tidak lama lagi akan mempunyai pelan rangka tindakan pembangunannya sendiri...

Mayat Di Kampung Golok Puting Sah Warga Myanmar

JITRA – Mayat lelaki yang ditemukan di tebing sungai berdekatan tapak pekan sehari Kampung Golok Puting, Ayer Hitam petang semalam disahkan sebagai warga Myanmar dan merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt. Mohd. Ismail Ibrahim berkata mangsa dikenali sebagai Md. Mamad Md. Eliyas, berusia 32 tahun dan bekerja sebagai buruh.

“Polis masih menunggu laporan mengenai punca kematian. Ada kesan gigitan binatang pada kedua-dua telinga, leher dan di bahagian pelipat lengan kiri mangsa,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Semalam, mayat yang sudah berulat itu ditemukan dalam keadaan terbaring dan lengkap berpakaian oleh orang awam yang melalui kawasan berkenaan kira-kira 3.40 petang.


Mangsa juga katanya mempunyai rekod jenayah lampau, namun enggan mengulas lanjut mengenainya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Mayat

Kategori