Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Amaran Angin Kencang, Laut...

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran angin kencang dan...

Penempatan 1,150 Pegawai Perubatan...

KOTA BHARU: Seramai 1,150 pegawai perubatan kontrak yang telah menamatkan latihan siswazah akan...

Objektif Penubuhan Baitulmal Johor...

JOHOR BAHRU – Objektif penubuhan Baitulmal Negeri Johor (Baitulmal) secara umumnya belum tercapai...

40 Orang Asli Sambung...

SEPANG - Empat puluh pelajar Orang Asli berjaya mengikuti pengajian dalam pelbagai jurusan...

Mayat Lelaki Lemas Ditemui Di Sg. Paliau Nangoh

SANDAKAN – Mayat seorang lelaki yang lemas di sungai Paliau Kampung Nangoh Beluran semalam ditemukan hari ini dalam operasi mencari oleh anggota bomba dan penyelamat.

Ketua Zon Bomba dan Penyelamat Sandakan Andre Andrew berkata mangsa dikenali sebagai Rahman Zeb, 20, warganegara Pakistan.

Mayat mangsa ditemukan pada jam 12.40 tengah hari, kira-kira 100 meter dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh di sungai itu dalam kawasan Ladang IOI Plantation , katanya di sini.

Beliau berkata Pasukan Penyelam Di Air Bomba Sandakan menemui mayat mangsa di dasar sungai tersebut.


Menurutnya Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan menerima panggilan kecemasan mengenai kehilangan mangsa pada jam 8.51 malam.

Beliau berkata mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – BERNAMA

Kategori