Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Lepas Bergelar Datuk, Nassier...

WOW, tak sampai seminggu menerima gelaran Datuk, penyanyi yang terkenal dengan lagu Memori...

Suami Isteri Dipenjara 14...

KUALA LUMPUR - Suami isteri masing-masing dihukum penjara 14 bulan oleh Mahkamah Majistret...

Elak Aktiviti Boleh Jejas...

KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihati orang ramai, terutama kontraktor supaya...

Kru Malindo Air Ditangkap...

SYDNEY - Seorang kru kabin syarikat penerbangan Malaysia adalah antara lapan yang ditangkap...

Mayat Mangsa Bot Karam Di Sungai Krian Ditemukan

KABONG – Mangsa tragedi bot karam di muara Sungai Krian Sabtu lepas, ditemukan lemas pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Saratok, Kho Boo Jang berkata, mayat mangsa, Abang Madehan Abang Awi, 43, dijumpai terapung kira-kira 1 kilometer dari lokasi kejadian pada 8.34 pagi oleh penduduk kampung yang turut membantu dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejak hari pertama kejadian.

Beliau berkata, sebaik menerima maklumat berkenaan, sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat menggunakan bot telah digerakkan ke lokasi penemuan tersebut.

“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke jeti dan seterusnya diserah kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Dalam kejadian tengahari Sabtu lalu, sebuah bot dinaiki mangsa bersama 10 penduduk kampung yang membawa 200 kotak air minuman yang diterima daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) karam dipukul ombak besar.


Bagaimanapun, katanya, 10 penumpang lain berjaya menyelamatkan diri.

Semasa kejadian, bot berkenaan sedang dalam perjalanan dari pekan Kabong ke Kampung Paloh, yang putus bekalan air bersih akibat kemarau. – BERNAMA

Kategori