Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

JKJR Audit Jalan Raya...

GEORGETOWN - Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) melaksanakan audit jalan raya bersepadu tiga...

Beri Maklum Balas Mengenai...

KUALA LUMPUR - Pengguna Transit Aliran Massa (MRT) digalakkan memberi maklum balas mengenai...

Menyamar Muslim, Pengemis Raih...

SIAPA sangka, dalam masa sebulan seorang pengemis wanita mampu memperoleh pendapatan lumayan mencecah sehingga...

Swasta Digalak Buka Makmal...

KEMAMAN – Pihak swasta digalak membuka makmal atau pusat pemprosesan madu kelulut bagi...

Menjana Generasi TN50 Melalui Pendidikan

GENERASI muda penerus tampuk pimpinan negara kita. Penglibatan belia sangat diperlukan bagi memacu negara mencapai Tranformasi Nasional 2050 (TN50).

Pelan pasca Wawasan 2020 ini penting bagi menjamin daya saing negara kekal kompetitif sebagai negara berpendapatan tinggi.

Jumlah belia di negara ini kini mencapai 2.97 juta orang. Jika tiap individu menyumbangkan idea dan pandangan, tidak mustahil TN50 mampu menyenaraikan kita dalam 20 negara maju dunia.

Pendidikan ialah teras ilmu. Ilmu pembina tamadun. Kini kita mempunyai 21 buah Universiti Awam (UA). Ada diantaranya telah mendapat pengiktirafan global.

Selain itu, terdapat 24 Universiti Swasta (US), 27 Kolej Universiti dan 320 kolej Swasta.

Jumlah 371 pusat pengajian ini satu realiti betapa serius sistem pendidikan tinggi dijadikan teras kelangsungan masa depan kita semua.

Menjana Generasi TN50 Melalui Pendidikan

Pusat pengajian akan terus dibina bagi menampung permintaan anak muda yang ingin melanjutkan pelajaran.

Menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025, negara ini memiliki 1.3 juta penuntut di UA dan US. Berdasarkan pecahan, 545 ribu pelajar di UA dan 455 ribu di US.


Dalam upaya mewujudkan cita-cita menuju negara maju, pasti akan menghadapi banyak hambatan.

Masalah yang beraneka ragam. Generasi muda harus peka pada perkembangan dunia dan bersisi positif.

Selain pendidikan, anak muda perlu memiliki sikap berdikari tetapi bersatu. Memahami perbezaan agama, suku dan budaya.

Pendidikan kelas satu, perpaduan kaum dan demokrasi yang aman adalah teras mencapai TN 50. – MYNEWSHUB.CC

#laskarmalaya

  • Lagi berita berkaitan:
  • TN50

Kategori