Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Faiz Dibenar FIFA Berbaju...

PUTRAJAYA - Calon akhir Anugerah Puskas 2016, Mohd. Faiz Subri kini boleh senyum...

Dr. Vida Nyaris Ditipu...

IPOH - Usahawan selebriti, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman buat laporan di Balai...

Jamal Minta Maaf Fitnah...

KUALA LUMPUR - Ketua UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos memohon...

Mahkamah Batal Kad Perakuan...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan supaya kad perakuan...

Mereka Mahu ‘Menang-Menang’

MAJIKAN dan agensi pengambilan pembantu rumah asing berharap garis panduan baharu yang akan dilancarkan oleh kerajaan pada hari ini mampu menangani isu-isu utama seperti gaji dan kebajikan.

Presiden Pertubuhan Kebangsaan Agensi Pekerjaan Malaysia (Pikap) Datuk Raja Zulkepley Dahalan berharap garis panduan itu akan membawa lebih ramai majikan berlaku adil kepada pembantu rumah dan tidak meletakkan terlalu banyak tekanan ke atas mereka.

“Pembantu rumah diupah untuk buat kerja rumah, tapi jika kamu minta mereka berkebun atau cuci kereta, ia di luar skop kerja dan boleh juga dianggap sebagai penyalahgunaan.

“Jangan ambil kesempatan atau mendera pembantu rumah dengan tidak menyediakan tempat tinggal atau makanan yang betul dan menyuruh mereka bekerja setiap masa,” katanya.

Raja Zulkepley juga berharap lebih ramai majikan akan membayar gaji pembantu rumah tepat pada masanya.

Beliau berkata ramai pembantu rumah datang dari latar belakang miskin dan bergantung kepada gaji untuk menyara keluarga di kampung halaman.

“Sesetengah majikan menunggu sehingga kontrak pembantu rumah tamat barulah gaji mereka dibayar.

“Ini akan beri tekanan tambahan kepada pembantu kerana mereka tidak pasti sama ada betulkah mereka akan dibayar,” katanya.

Raja Zulkepley juga mencadangkan, sebelum pembantu rumah dihantar kembali ke negara asal mereka, Jabatan Imigresen perlu menghubungi ejen-ejen mereka untuk memeriksa sama ada pembantu rumah telah dibayar gaji.

Beliau berkata pada masa ini, jabatan itu hanya mengeluarkan ‘memo semakan’, yang menyatakan bahawa kontrak pembantu rumah itu telah berakhir kepada majikan tanpa memaklumkan kepada ejen.

“Ejen-ejen tidak tahu jika pembantu rumah menerima gaji mereka atau jika mereka telah didera. Akhirnya, Malaysia dipersalahkan jika sesuatu yang buruk berlaku,” katanya.

Presiden Persatuan Majikan Pembantu Rumah Malaysia (Mama) Engku Ahmad Fauzi Engku Muhsein berharap pembantu rumah dapat menjalani program orientasi semasa ketibaan supaya mereka boleh menyesuaikan diri dengan budaya, undang-undang dan amalan kerja di Malaysia.


Beliau juga berkata, pembantu rumah dan majikan mereka perlu terlebih dulu tahu dan faham hak, tugas dan tanggungjawab masing-masing.

“Majikan juga perlu diberi pilihan mengambil pembantu rumah asing secara separuh masa melalui agensi yang dilantik oleh kerajaan bagi menangani masalah pembantu rumah yang melarikan diri,” katanya.

Sementara itu, sumber dari Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) berkata pihaknya mahu aturan ‘lebih formal’ antara pembantu dan majikan, bukannya cara semasa yang tidak formal.

“Sebagai contoh, sesetengah majikan melayan pembantu rumah mereka seperti ahli keluarga. Mungkin perlu ada sesuatu yang lebih formal.

“Kita juga cadangkan supaya pembantu rumah diberi cuti pada hari cuti umum. Jika majikan tak boleh beri cuti, maka mereka perlu diberi pampasan kewangan,” kata sumber itu.

Beliau berkata MEF juga mencadangkan fleksibiliti ke atas bayaran gaji kepada pembantu rumah.

“Kadang-kadang agak menyusahkan majikan untuk mereka pergi ke bank, mereka sepatutnya dapat buat ketetapan sendiri tentang bagaimana mahu membayar gaji pembantu rumah,” katanya.

“Kami mahukan satu garis panduan situasi menang-menang bagi kedua-dua belah pihak.”

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot akan melancarkan garis panduan dan tips untuk majikan pembantu rumah asing di Putrajaya hari ini. – mStar Online

Kategori