Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Wanita Biar Rambut Terurai...

APABILA kita menaiki pesawat, kita sering mengharapkan keselesaan tanpa sebarang gangguan dan itulah...

Penjawat Awam Harus Setia...

PUTRAJAYA - Anggota perkhidmatan awam harus berpegang pada prinsip taat setia yang tidak...

Umat Islam Perlu Bersatu...

KUALA LUMPUR - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berharap umat...

Agong Berkenan Sempurna Perasmian...

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyempurnakan majlis perasmian...

Mesyuarat Mengenai PRK DUN Pujut Pada Jumaat Ini

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan perkara berkaitan urusan pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut, Jumaat ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dalam kenyataan hari ini turut mengesahkan telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Sarawak Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berhubung kekosongan kerusi DUN itu hari ini.

Menurutnya kekosongan kerusi DUN Pujut berlaku berikutan pelucutan kelayakan keanggotaan penyandangnya Dr Ting Tiong Choon sebagai anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) oleh DUN Sarawak.

Pada 12 Mei lepas, DUN Sarawak melucutkan kelayakan Dr Ting daripada DAP sebagai ADUN Pujut selepas usul dibuat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang negeri Datuk Woon Soon Koh yang juga ADUN Bawang Assan kerana Dr Ting mempunyai dua kewarganegaraan iaitu Malaysia dan Australia.

Usul itu diluluskan selepas mendapat sokongan 70 anggota DUN manakala 10 yang lain membantah. – BERNAMA

Kategori