Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

14 Terbunuh Penunjuk Perasaan...

ANKARA - Agensi berita Turki melaporkan sekurang-kurangnya 14 terbunuh apabila kumpulan penunjuk perasaan...

Kemaluan Budak 3 Tahun...

PERAK: Seorang kanak-kanak berusia 3 tahun terpaksa menahan kesakitan apabila kemaluannya tersepit pada...

Momota, 3 Lagi Mangsa...

PUTRAJAYA - Pemain badminton nombor satu dunia dari Jepun, Kento Momota, dilaporkan kini...

Wanita Mabuk Kencing Dalam...

APABILA dah mabuk, dunia pun jadi tunggang terbalik. Ini yang berlaku kepada seorang...

MHEANS Pecat Ketua Adat Sokong Parti Pembangkang

TELUPID (Sabah) – Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (MHEANS) akan memecat Ketua Adat yang didapati memberi sokongan kepada parti pembangkang, kata Presidennya Datuk Mohamad Alamin.

Mohamad berkata beliau tidak bertoleransi dalam perkara itu disebabkan ia bertentangan dengan peranan sebagai ketua adat yang dilantik oleh kerajaan negeri dan berperanan sebagai mata dan telinga kerajaan serta menyampaikan dasar kerajaan kepada masyarakat di kawasan mereka.

“Jika ada ketua adat yang belot dengan menyokong parti pembangkang, wakil rakyat di kawasan terlibat perlu melaporkan kepada saya untuk diambil tindakan,” katanya pada Program Santai Bersama Pemimpin Tempatan dan Pemegang Adat Daerah Telupid di sini, hari ini.

Hadir sama, Anggota Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, Anggota Dewan Undangan Negeri Labuk Datuk Michael Asang dan Pegawai Daerah Telupid Benedict Asmat.

Menurutnya terdapat 4,000 ketua adat dilantik di seluruh Sabah terdiri daripada Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri, Ketua Kampung dan Ketua Masyarakat Cina.


Dalam pada itu, Mohamad berkata beliau telah berbincang dengan menteri berkaitan iaitu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Hajiji Mohd Noor dan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berhubung menaikkan elaun ketua adat.

Katanya perbincangan itu menunjukkan keputusan positif dan pengumuman mengenai kenaikan elaun itu akan diumumkan oleh Musa atau Hajiji.

Menurutnya kerajaan negeri dan persekutuan sentiasa mengiktiraf peranan ketua-ketua adat di negeri ini sebagai pemimpin masyarakat di akar umbi. – BERNAMA

Kategori