Saturday, November 30, 2024

Creating liberating content

PDRM Aktifkan Bilik Gerakan...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengaktifkan bilik gerakan khas di...

Kontraktor Didenda RM3,000 Ugut...

SEORANG kontraktor didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini selepas mengaku...

Iqram Minta Insiden Waris...

SELASA lalu warga media tempatan digemparkan dengan insiden seorang waris mangsa nahas MH17...

PRU14: Senarai Penuh Calon...

KOTA KINABALU ā€” Berikut senarai penuh calon Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat)...

MIC Sedang Kenal Pasti Calon MIC Negeri Sembilan

SEREMBAN – MIC Negeri Sembilan sedang mengenal pasti calon yang layak untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, kata Presiden MIC Datuk Seri S. Subramaniam.

Beliau yang juga Menteri Kesihatan berkata MIC akan bertanding di satu parlimen, Teluk Kemang dan dua Dewan Undangan Negeri iaitu Jeram Padang dan Port Dickson.

“Proses tapisan sedang dilakukan dalam beberapa peringkat. Kita perlukan tiga calon yang mempunyai peluang paling tinggi untuk menang (PRU) di negeri ini,” katanya kepada media selepas Majlis Peletakan Batu Asas SJK (T) Lorong Java, di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan dan Pengerusi MIC Negeri Sembilan Datuk L. Manickam.


Sementara itu, beliau berkata sejumlah RM4.5 juta daripada dana khas kerajaan persekutuan telah diberikan kepada SJK (T) Lorong Java untuk membina blok tambahan, yang dijangka siap dalam masa dua tahun.

“Apabila siap, ia akan dilengkapi dengan 19 bilik darjah beserta kemudahan lain seperti makmal sains, perpustakaan, bilik mesyuarat dan bilik guru,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MIC

Kategori