Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Warga Asing Berusia 12...

LUMUT: Seramai 16 warga asing ditahan manakala 16 keroncong mata pukat tunda yang...

PLUS Cadang Bina Kapsul...

PETALING JAYA - Plus Malaysia Berhad (PLUS) bercadang membina kapsul tidur bagi pengguna...

RM14.9 Juta Ditemukan Dari...

PUTRAJAYA - Serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ke atas sindiket pelacuran di Kota...

7 Zat Untuk Pastikan...

BILA diri sudah disahkan mengandung, pengambilan zat tertentu untuk tubuh harus dititikberatkan. Ianya boleh dikira...

Militan Serang Pangkalan Tentera, 18 Anggota Maut

KANDAHAR (Afghanistan) – Sejumlah 25 orang termasuk 18 anggota tentera dan tujuh pejuang Taliban disahkan terkorban selepas kumpulan militan anti-kerajaan menyerang pangkalan tentera di wilayah Kandahar Afghanistan pada Jumaat, kata seorang pegawai tempatan lapor agensi berita China Xinhua.

“Sekumpulan militan Taliban menyerang pangkalan tentera di Zangitan daerah Shah Walikot Jumaat pagi mengakibatkan 18 anggota tentera dan tujuh pemberontak Taliban terbunuh,” kata pegawai itu yang enggan dikenali kepada Xinhua.

Beliau berkata 16 lagi askar dan 15 militan cedera manakala empat lagi askar dilaporkan hilang.

Bagaimanapun, menurut saluran televisyen tempatan Tolo serangan itu menyebabkan 15 terkorban dan mencederakan lapan yang lain.


Ia merupakan serangan kedua disasarkan ke atas pangkalan tentera Afghanistan di selatan wilayah Kandahar sejak empat hari lepas.

Serangan sebelum ini menyebabkan sekurang-kurangnya 10 tentera Afghanistan terbunuh dan beberapa yang lain cedera. – BERNAMA

Kategori